MALAYSIA
Kanak-kanak tujuh tahun ditemui lemas dalam parit di Teluk Intan

Mayat kanak-kanak lelaki ditemui lemas dalam parit di Jalan Chenderong Balai-Labu Kubang, Teluk Intan awal pagi Rabu. - Foto JBPM Perak
TELUK INTAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang dilaporkan hilang petang semalam ditemui lemas dalam parit di Jalan Chenderong Balai - Labu Kubang, Teluk Intan, awal pagi ini.
Ringkasan AI
- Seorang budak lelaki berusia 7 tahun ditemui lemas dalam parit selepas dilaporkan hilang petang semalam.
- Pasukan bomba Teluk Intan menemui mangsa 800 meter dari lokasi jatuh, operasi tamat jam 4.10 pagi.
- Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam parit sedalam dua meter; penduduk kampung turut bantu usaha pencarian awal.
“Penduduk kampung telah menjalankan usaha mencari mangsa namun masih belum menemui sebarang petunjuk,” katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata, ketua operasi melaksanakan 'size-up' dan mengarahkan anggota menjalankan pencarian mangsa di kawasan tali air.
Menurutnya, hasil pencarian, pihak bomba berjaya menemui mangsa di dasar parit pada jarak lebih kurang 800 meter dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh.
Katanya, mangsa seterusnya dibawa ke tempat selamat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Operasi yang membabitkan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan tamat sepenuhnya jam 4.10 pagi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami