awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak 18 bulan ditemui lemas di dalam baldi air di rumah

Bernama
Bernama
10/05/2016
04:39 MYT
Kanak-kanak 18 bulan ditemui lemas di dalam baldi air di rumah
Baldi berisi air dan tidak ditutup ketat berbahaya kepada bayi dan kanak-kanak. - Gambar hiasan
Seorang kanak-kanak berusia 18 bulan maut selepas dipercayai lemas setelah terjatuh ke dalam baldi berisi air di dapur rumahnya di Bukit Gombang, Batu Kikir dekat sini, Isnin malam.
Ketua Polis Daerah Jempol Supt Noorzainy Mood Noor berkata kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10.30 malam dan hanya disedari oleh bapanya yang mendapati anaknya Muhammad Fahrul Firnas Nor Azuan sudah lemas di dalam baldi.
"Berdasarkan siasatan awal, pengadu yang juga merupakan bapa mangsa bersama isteri dan tiga anaknya termasuk mangsa yang merupakan anak bongsu berada di dalam rumah. Mangsa dikatakan sedang bermain dengan kakaknya di dalam bilik.
"Kakaknya itu bagaimanapun telah keluar dari bilik dan pergi kepada ibunya di luar rumah. Ibunya kemudian telah bertanyakan pada anaknya itu di mana adik lelaki dan kakaknya menjawab adiknya bersama bapa di dalam bilik.
"Curiga kerana tidak mendengar suara mangsa, ibu dan bapa mangsa telah mencari anaknya di dalam rumah dan menemui anaknya di dalam baldi dalam keadaan kepala di dalam baldi berisi air di bahagian dapur rumah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Selasa.
Noorzainy berkata bapa mangsa telah mengangkat mangsa keluar daripada baldi dan cuba membuat bantuan pernafasan tetapi gagal dan terus menghantar mangsa ke Hospital Kuala Pilah dan mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 11.45 malam.
Berdasarkan siasatan awal, bapa mangsa memberitahu baldi yang berisi air itu adalah untuk stok simpanan air memandangkan dua tiga hari ini berlaku gangguan bekalan air," katanya.
"Bapa mangsa memaklumkan bahawa baldi air tersebut kebiasaannya memang tidak ditutup," katanya.
Katanya bedah siasat akan dijalankan pagi ini dan kes setakat ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
Topic Berkaitan
#insiden lemas dalam baldi
#kanak-kanak lemas
#kemalangan domestik
#lemas dalam baldi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan