awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anugerah MAM 2025: Hafizh Syahrin dinobat Pelumba Antarabangsa Terbaik
Lubnan dakwa Israel guna racun rumpai di selatan negara itu
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak 3 tahun lemas terjatuh dalam tong air

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
28/04/2019
14:46 MYT
Kanak-kanak 3 tahun lemas terjatuh dalam tong air
Mangsa ditemukan mati akibat tersembam di dalam tong berkenaan di bilik air rumahnya kira-kira jam 11.30 pagi hari tersebut. - Foto media sosial
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun meninggal dunia akibat lemas selepas terjatuh ke dalam tong berisi air di kediamannya, Sabtu lalu.
Mangsa, Raja Maryan Dalisha Raja Ismail, ditemukan mati akibat tersembam di dalam tong berkenaan di bilik air rumahnya kira-kira jam 11.30 pagi hari tersebut.
Ibu mangsa, Ruzwaniza Yaakob, 39 tahun memaklumkan anaknya itu dijumpai oleh seorang lagi anaknya yang berusia 12 tahun.
Ketika kejadian, dia tidak menyedari keadaan anaknya itu kerana sedang menyusukan seorang lagi anaknya yang masih kecil.
“Saya terus bergegas ke bilik air dan telah melihat Raja Maryan berada di dalam tong penuh berisi air dengan kedudukan kepala di bawah.
“Saya telah mengeluarkan Raja Maryan dan dia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya.
Jenazah Raja Maryan agaimanapun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kesedar Sungai Asap, Gua Musang, Kelantan sekitar jam 10 pagi Ahad.
Ruzwaniza yang tinggal di Taman Agropolitan Rantau Manis, Gua Musang serta ahli keluarganya yang masih hiba dan terkejut dengan insiden tersebut turut reda dengan ketentuan Illahi dan bersyukur apabila jenazah Raja Maryan selamat disemadikan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Mohd Taufik Maidin ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
Topic Berkaitan
#Jenazah kanak-kanak perempuan
#lemas dalam baldi air
#Raja Maryan Dalisha Raja Ismail
#selamat dikebumikan
#Tanah Perkuburan Islam Kesedar Sungai Asap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan