Skip to main content

Malaysia

Kanak-kanak 5 tahun diliwat anak pengasuh

41521014563_kidsabuse.jpg
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun dipercayai diliwat anak kepada pengasuhnya di sebuah rumah di Taman Saujana, di sini.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkata, ekoran laporan dilakukan ibu mangsa polis menangkap seorang remaja lelaki berusia 13 tahun.

โ€œHasil soal siasat, remaja itu mengaku meliwat semasa pengasuh yang juga ibunya tiada di rumah mereka di Taman Saujana.

โ€œDia kini ditahan reman selama empat hari untuk disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan,โ€ katanya.

Advertisement

Must Watch Video