Kanak-kanak dua tahun maut tertinggal dalam kereta di Seremban

Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai tertinggal dalam sebuah kereta di Jalan Tunku Hassan, petang tadi. - Foto Sinar Harian
SEREMBAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai tertinggal dalam sebuah kereta di Jalan Tunku Hassan, di sini petang tadi.
Ringkasan AI
- Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditemui meninggal dunia selepas dipercayai tertinggal dalam kereta di Jalan Tunku Hassan, Seremban.
- Ibu mangsa berusia 35 tahun dilaporkan terlupa menghantar anaknya ke tempat pengasuh, hanya sedar kira-kira 5 petang selepas bekerja.
- Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Tuanku Ja'afar Seremban; ibu anak ditahan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 bagi siasatan lanjut.
"Ibu mangsa dikatakan terlupa menghantar anaknya ke tempat pengasuh dan kejadian hanya disedari kira-kira 5 petang selepas ibu mangsa selesai bekerja," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Azahar berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Tuanku Ja'afar Seremban sebelum dihantar ke Hospital Rembau untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan ibu kepada mangsa ditahan bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


