awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak lapan tahun, Muhammad Zahiruddin hilang selepas keluar bermain

Astro Awani
Astro Awani
16/04/2019
05:34 MYT
Kanak-kanak lapan tahun, Muhammad Zahiruddin hilang selepas keluar bermain
Muhammad Zahiruddin Putra Mohd Fauzi, 8 tahun, dikatakan keluar dari rumahnya untuk bermain kira-kira 8 pagi Isnin. - Gambar Nur Alert
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dipercayai hilang selepas keluar dari rumahnya di Pangsapuri Seri Dahlia, Bandar Seri Putra, Bangi pada Isnin petang.
Muhammad Zahiruddin Putra Mohd Fauzi, 8 tahun, dikatakan keluar dari rumahnya untuk bermain kira-kira 8 pagi Isnin.
Ibu mangsa Sainih Sunding, 46 tahun, berkata anak bongsu daripada lima beradik itu tidak pergi ke sekolah semalam dan keluar untuk bermain dengan rakan.
"Saya sedar kehilangannya selepas dia tiada di tempat bermain dan sekitar kawasan sekitar rumah bila saya pulang ke rumah dari tempat kerja," katanya yang bekerja sebagai pencuci ketika dihubungi di sini hari ini.
Sainih berkata jiran memaklumkannya yang Muhammad Zahiruddin telah ke kedai berhampiran pada waktu tengah hari dan kali terakhir dilihat bermain dengan rakan di sekitar kawasan kejiranan itu.
Susulan itu, satu laporan polis berhubung kehilangan anaknya itu dibuat di Balai Polis Bandar Seri Putra malam tadi.
Katanya Muhammad Zahiruddin kali terakhir dilihat memakai baju kemeja T berwarna hitam dan seluar panjang berwarna biru.
"Saya amat bimbang dengan keselamatan anak saya kerana dia tidak pernah tidak pulang ke rumah," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung Mohd Zahiruddin diminta menghubungi balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dilapor hilang sejak petang Isnin.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dilapor hilang sejak petang Isnin.
Topic Berkaitan
#bangi
#hilang
#Kajang
#Kanak-kanak
#Nur Alert
#Zahiruddin Putra Mohd Fauzi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan