SEREMBAN: Seorang kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun dikhuatiri lemas akibat tergelincir di sebuah longkang di Flat Cempaka, Garden Avenue, Seremban 2, dekat sini, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata dalam kejadian pada kira-kira 4 petang itu, mangsa dikatakan sedang bermain dengan abangnya berusia sembilan tahun dan rakan berusia 12 tahun, sebelum tergelincir ke dalam longkang di flat berkenaan.
"Maklumat awal diterima, mangsa bersama dua lagi kanak-kanak sedang bermain di tepi longkang di kawasan Flat Cempaka dan salah seorang daripada mereka tergelincir lalu dihanyutkan air deras, ketika itu hujan lebat," katanya kepada pemberita ketika meninjau lokasi kejadian.
Katanya, operasi mencari mangsa kini giat dilakukan di Kolam Tadahan Air Taman Arowana Impian dengan bantuan 10 anggota polis berserta 23 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2.
Jelasnya mengikut penilaian pihak bomba, laluan air ini akan terus ke Mambau dan tumpuan operasi pencarian dilakukan secara atas permukaan dan selepas itu akan dibantu oleh anggota scuba.
Sementara itu ibu mangsa Nurain Ismail, 27, berkata dia diberitahu oleh anak sulungnya berusia 10 tahun bahawa mangsa sempat mengucapkan 'selamat tinggal' sebelum dibawa air deras di longkang berkenaan iaitu tempat kejadian kanak-kanak malang itu tergelincir.
Setelah mendapat panggilan daripada anak sulung, Nurain terus bergegas ke tempat kejadian yang menimpa anak ketiga daripada empat beradik itu.
"Ketika kejadian, saya sedang bekerja di sebuah rumah kebajikan di Rasah. Anak sulung menghubungi saya dan memberi tahu adik sudah lemas ketika itu, saya terus bergegas ke tempat kejadian," katanya sebak ketika ditemui pemberita di sini.
Nurain berkata beliau reda dengan kejadian yang menimpa keluarganya itu dan berharap pihak polis dan bomba segera menemukan anaknya itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 08 2021
Nurain Ismail, 27, berkata dia diberitahu oleh anak sulungnya berusia 10 tahun bahawa mangsa sempat mengucapkan 'selamat tinggal' sebelum dibawa air deras. - Gambar/ Sinar Harian
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Lelaki lemas ketika bercuti di Air Terjun Sekayu
Mangsa dipercayai lemas selepas menyelamatkan rakannya yang terjatuh ke dalam air sewaktu mendaki laluan berbukit di tepi kawasan air terjun itu.
Lelaki ditemukan lemas di Pantai Tanjung Balau
Seorang lelaki ditemukan lemas selepas hilang ketika bermandi- manda di Pantai Tanjung Balau dekat Kota Tinggi hari ini.
Kanak-kanak lelaki warga Thailand ditemukan lemas di Sungai Golok
Bomba menerima panggilan kecemasan memaklumkan mangsa yang beralamat di Kampung Ibrahim Pencen, Rantau Panjang telah hilang di sungai itu.
Tragedi jala ikan: Mayat isteri ditemukan, anak bongsu masih hilang
PDRM mengesahkan mayat wanita yang terbabit dalam tragedi lima sekeluarga yang dihanyutkan arus deras ditemukan pada Isnin.
Polis kenal pasti identiti lima sekeluarga dihanyut arus deras ketika menjala
Yang masih hilang ialah ibunya yang dikenali sebagai Juliana, 38, dan adik perempuan bongsunya, Riska Amelia, empat tahun.
Bomba Kedah kenal pasti 10 lokasi panas kes lemas
Ia membabitkan tiga kawasan pantai dan tujuh kawasan sungai dan air terjun yang sering menjadi tumpuan ramai terutama pada musim perayaan.
Lelaki Kemboja hilang ketika menjala di sungai ditemukan lemas
Mayat mangsa ditemukan terdampar di tebing sungai pada 12 tengah hari kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian.
Lelaki warga asing ditemukan lemas di Tasik Kota Kemuning
Lelaki itu dipercayai terjun ke tasik dalam keadaan mabuk berdasarkan penemuan beberapa botol arak di lokasi kejadian.
Pelancong warga China lemas di Pulau Sapi
Seorang pelancong lelaki warganegara China meninggal dunia selepas dipercayai lemas di Pulau Sapi, semalam.
Remaja lemas selepas terjatuh dalam kolam tadahan
Seorang remaja berusia 15 tahun lemas selepas terjatuh ke dalam kolam tadahan air di sebuah kawasan kebun kelapa sawit di Parit Shafie, di sini, semalam.