awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Dua anggota penguat kuasa MBPP cedera belon dirampas meletup
EU kecam pelanggaran gencatan senjata berulang kali oleh Israel di Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak lelaki maut terkena renjatan elektrik di padang bola

Bernama
Bernama
29/08/2020
16:03 MYT
Kanak-kanak lelaki maut terkena renjatan elektrik di padang bola
Seorang kanak-kanak lelaki berumur sembilan tahun maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika berada di padang bola petang tadi.
Seorang kanak-kanak lelaki berumur sembilan tahun maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika berada di padang bola di Jalan Impian Emas, 14, Taman Impian Emas di sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Mohd Taib Ahmad berkata dalam kejadian pada kira-kira 2.45 petang itu, Musyrif Hakimi Musaffendy dipercayai tidak memakai kasut ketika berada di padang tersebut dan kawasan di mana mangsa berdiri ketika itu basah berikutan hujan.
"Pihak polis menerima panggilan telefon pada kira-kira 3 petang dengan dimaklumkan bahawa terdapat seorang kanak-kanak lelaki terkena renjatan elektrik.
"Difahamkan ketika kejadian, mangsa sempat mengadu kepada seorang rakannya bahawa dia berasa panas dan kemudiannya rebah," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata sebelum itu, terdapat aktiviti bulan kemerdekaan dan kibaran Jalur Gemilang anjuran sebuah agensi kerajaan di padang bola tersebut yang bermula dari 8.30 pagi hingga 4 petang.
Katanya jenazah mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah di sini untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jalan Impian Emas
#Kanak-kanak
#padang bola
#Polis Daerah Johor Bahru Utara
#renjatan elektrik
#Taman Impian Emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan