awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak lima tahun maut terjatuh dari tingkat sembilan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
26/08/2022
07:59 MYT
Kanak-kanak lima tahun maut terjatuh dari tingkat sembilan
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut selepas terjatuh dari tingkat sembilan sebuah pangsapuri Sri Sabah, Cheras pada Jumaat. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut selepas terjatuh dari tingkat sembilan pangsapuri Sri Sabah, di Jalan Loke Yew, Cheras di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi, mangsa dikatakan berada di bahagian balkoni dapur sebelum terjatuh.
Berdasarkan siasatan awal, ketika kejadian, ibu dan adik mangsa berada di rumah.
"Ibu mangsa tidak menyedari kanak-kanak itu berada di dapur ketika kejadian," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Zam Halim memaklumkan, polis menerima laporan pukul 11.54 pagi daripada orang awam berhubung kejadian.
Lantas katanya, sepasukan anggota polis dari cawangan unit peronda bergegas ke tempat kejadian namun dimaklumkan mangsa telah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Beliau memberitahu, mangsa bagaimanpun disahkan meninggalkan oleh pegawai perubatan hospital berkenaan yang memeriksa mangsa.
"Kita masih menunggu laporan bedah untuk mengenal pasti punca kejadian," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak terjatuh dari tingkat 9
#kanak-kanak maut
#Hospital Canselor Tuanku Muhriz
#pangsapuri Sri Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan