NATIONAL
Kanak-kanak lima tahun maut tertinggal dalam van sekolah

Seorang kanak-kanak lelaki lima tahun maut selepas tertinggal hampir lima jam dalam van sekolah di Taman Bukit Indah, Johor - Gambar hiasan, gambar kecil: M Kumarasan
ISKANDAR PUTERI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia selepas dipercayai tertinggal dalam van sekolah dinaikinya hampir lima jam, semalam.
Ringkasan AI
- Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia selepas dipercayai tertinggal dalam van sekolah selama hampir lima jam.
- Polis menahan pemandu van sekolah berusia 56 tahun untuk membantu siasatan kematian mangsa.
- Pemandu van tersebut kini direman hingga 7 Mei untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
"Mayat mangsa dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah, di sini untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata susulan itu, polis menahan pemandu van sekolah terbabit iaitu lelaki berusia 56 tahun, kira-kira 2.40 petang di kawasan Taman Bukit Indah, untuk membantu siasatan kematian mangsa.
Kumarasan berkata lelaki itu yang tidak mempunyai rekod lampau dan negatif terhadap dadah kini direman hingga 7 Mei ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami