awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak mati lemas di kolam terbiar

Astro Awani
Astro Awani
14/07/2017
00:46 MYT
Kanak-kanak mati lemas di kolam terbiar
Kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Kuala Nerang sebelum dipindahkan ke Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat. - Gambar hiasan
Seorang kanak-kanak perempuan mati lemas dipercayai terjatuh ke dalam sebuah kolam terbiar dekat Kampung Sena, di sini, petang Khamis.
Mangsa Nur Damia Nadhirah Shahrudin, 5, ditemui timbul di dalam kolam terbabit kira-kira jam 6.50 petang.
Bagaimanapun, rakannya Muhammad Rusyaidi Mohamad Na'am, 5, ditemui di dalam kolam yang sama dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Menurut pemangku Ketua Polis Daerah Padang Terap, DSP Amran @ Mohamad Zaki Omar, polis menerima maklumat orang awam mengatakan terjumpa dua orang kanak-kanak lelaki dan perempuan terapung di dalam sebuah kolam terbiar.
Kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Kuala Nerang sebelum dipindahkan ke Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.
Polis sedang menjalankan siasatan, bagaimanapun, kes itu ketika ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#Kedah
#kolam
#lemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan