NATIONAL
Kanak-kanak maut, dua kereta bertembung

Kemalangan di Kampung Lepan Anjung, Kuala Krai pada Ahad mengakibatkan seorang kanak-kanak lelaki maut. -Foto PDRM
KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 1 tahun 9 bulan maut selepas kereta dinaikinya bersama keluarga bertembung dengan sebuah kenderaan lain di Kampung Lepan Anjung, Kuala Krai, pada Ahad.
Ringkasan AI
- Seorang kanak-kanak lelaki berusia 1 tahun 9 bulan maut selepas kereta dinaikinya bersama keluarga bertembung dengan kenderaan lain di Kampung Lepan Anjung, Kuala Krai.
- Kemalangan berlaku ketika keluarga mangsa cuba memotong kenderaan lain tetapi bertembung dengan sebuah Honda dari arah bertentangan.
- Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra untuk rawatan lanjut, dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kenderaan keluarga itu dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan lain tetapi tidak sempat lalu bertembung dengan sebuah Honda dari arah bertentangan.
“Pertembungan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Dabong,” katanya.
Sementara itu, kereta Honda dinaiki empat sekeluarga, iaitu pasangan suami isteri berusia 34 dan 32 tahun serta dua anak mereka, masing-masing berusia empat tahun dan tiga bulan.
“Pemandu serta penumpang hadapan Honda mengalami patah kaki, manakala dua anak mereka cedera ringan,” katanya.
Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra untuk rawatan lanjut, manakala mayat mangsa dihantar ke unit forensik hospital sama untuk bedah siasat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami