awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak perempuan melecur terkena seterika

Sinar Harian
Sinar Harian
15/07/2024
10:00 MYT
Kanak-kanak perempuan melecur terkena seterika
Kejadian berlaku ketika mangsa yang berumur 16 bulan itu sedang bermain dengan sepupunya. - Gambar hiasan
PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak perempuan melecur di bahagian badan akibat terkena seterika dalam kejadian dekat sebuah rumah di Ara Damansara pada Isnin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden M Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang berumur 16 bulan itu sedang bermain dengan sepupunya.
"Sepupu mangsa yang berumur setahun difahamkan mengusik mangsa sehingga menangis, pada masa sama kakak sepupu mangsa yang sedang menggosok baju menggunakan seterika wap air kemudiannya datang untuk memujuk mangsa.
"Kakak sepupu mangsa itu kemudian memeluk mangsa dengan tujuan untuk memujuk sambil memegang seterika kerana bimbang terjatuh," katanya pada Isnin.
Beliau berkata, ketika kejadian adiknya telah datang sebelum seterika yang dipegang terkena bahagian belakang badan mangsa.
"Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
"Setakat ini, polis telah merakam percakapan lima penghuni rumah terbabit," katanya.
Menurutnya, tiada sebarang tangkapan dijalankan berhubung kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bayi melecur
#seterika
#polis
#kemalangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan