Laporan yang dinanti-nanti daripada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai imigran haram di Sabah bakal didedahkan di Kota Kinabalu hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju mengumumkan laporan itu sewaktu mesyuarat kabinet bulan lalu selepas mengambil kira kepentingan isu pendatang haram di negeri berkenaan.
Beliau berkata bahawa keputusan untuk membentangkan laporan RCI tersebut membuktikan kesungguhan kerajaan dalam menyelesaikan isu berkenaan.
Laporan tersebut dimulakan pada 21 Ogos 2012 dan dipengerusikan oleh bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim.
Anggota panel itu juga terdiri daripada bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, Profesor Datuk Seri Dr Kamaruzaman Ampon; bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Henry Chin Poy Wu; bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Kee Mustafa dan bekas timbalan ketua menteri dan bekas peguam besar Sabah Tan Sri Herman J Luping.
Prosiding tersebut bermula pada Januari 2013 apabila Manoj Kurup, Datuk Azmi Ariffin and Jamil Aripin dari Jabatan Peguam Negara dilantik sebagai pegawai pengendali bagi membantu suruhanjaya menyoal saksi-saksi.
Dalam kenyataannya, Manoj berkata, para pegawai pengendali perlu mengemukakan bukti dari perspektif sejarah daripada saksi yang memiliki kepakaran dalam bidang sejarah dan antropologi.
Tambahnya, saksi-saksi daripada pelbagai jabatan kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Suruhanjaya Pilihanraya, Jabatan Statistik, dan Pejabat Ketua Menteri Sabah turut dipanggil.
Bukti juga dikumpulkan daripada individu-individu dari beberapa negara seperti Filipina, India, Pakistan dan Indonesia, yang memiliki pelbagai jenis dokumen pengenalan diri seperti 1MM-13, permit kemasukan, dan kad pengenalan diri hijau dan biru.
Sepanjang prosiding yang berakhir pada 2013, suruhanjaya berkenaan telah memanggil 211 saksi termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar menafikan penglibatannya dalam ‘Projek IC’ di Sabah sewaktu beliau berkhidmat dalam kabinet Persekutuan, termasuk ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri sehingga pemecatannya pada 1998.
Selain bekas Setiausaha Politik Tun Mahathir, Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin, Ketua Pengarah JPN, Datuk Jariah Mohd Said juga menafikan penglibatannya mengeluarkan kad pengenalan diri kepada warga asing seperti yang didakwa dalam projek yang digelar ‘Projek Mahathir’.
Prosiding tersebut turut mengetengahkan testimoni daripada warga Filipina dan beberapa imigran lain, tentang pemilikan kad pengenalan diri dan juga keterlibatan dalam proses mengundi sewaktu pilihanraya.
Laporan suruhanjaya itu telah disampaikan kepada Yang di-Pertuan Agong pada bulan Mei tahun ini.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa akan membentangkan laporan berkenaan kepada media di Kompleks Tabung Haji, Kota Kinabalu lewat hari ini.
Astro Awani
Wed Dec 03 2014
![Kandungan laporan RCI Sabah dibentangkan hari ini Kandungan laporan RCI Sabah dibentangkan hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/41359469321_295x200.jpg)
Prosiding tersebut turut mengetengahkan testimoni daripada warga Filipina dan beberapa imigran lain, tentang pemilikan kad pengenalan diri dan juga keterlibatan dalam proses mengundi sewaktu pilihan raya. -Gambar fail
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [17 Jun 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
Aidiladha: Warga kota pilih bas pulang ke kampung kerana kos murah, dapat rehat
Lebih 1.8 juta umat Islam seluruh dunia tunai ibadat haji tahun ini
Israel sekat kemasukan haiwan korban bagi sambutan Aidiladha di Gaza
Aidiladha: Warga kota pilih bas pulang ke kampung kerana kos murah, dapat rehat
Lebih 1.8 juta umat Islam seluruh dunia tunai ibadat haji tahun ini
Israel sekat kemasukan haiwan korban bagi sambutan Aidiladha di Gaza
![Pemimpin dunia sertai sidang kemuncak keamanan Ukraine di Switzerland tanpa Rusia, China Pemimpin dunia sertai sidang kemuncak keamanan Ukraine di Switzerland tanpa Rusia, China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718579577_VolodymyrZelenskiy.jpg)
Pemimpin dunia sertai sidang kemuncak keamanan Ukraine di Switzerland tanpa Rusia, China
"Perang ini kekal sebagai kegagalan untuk Putin. Saya berada di Switzerland untuk berdiri bersama Ukraine," kata Naib Presiden AS, Kamala Harris.
![Veteran ATM disaran daftar JHEV, kemas kini maklumat untuk bantuan Veteran ATM disaran daftar JHEV, kemas kini maklumat untuk bantuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716279475_AdlyZahari.jpg)
Veteran ATM disaran daftar JHEV, kemas kini maklumat untuk bantuan
Veteran ATM disaran agar mendaftar dengan JHEV ATM serta persatuan-persatuan di lokalti masing-masing dan mengemas kini maklumat semasa melalui sistem VIBES 2.0.
Nenek, cucu dikhuatiri sesat di Bukit Buluh Telur, Selangor
Seorang wanita warga emas bersama cucu perempuan berusia 12 tahun dikhuatiri sesat ketika dalam perjalanan ke kebun durian di Bukit Buluh Telur, Kuala Kubu Baharu, Selangor, petang Ahad.
Mahasiswa perlu rasional memperjuang isu babitkan rakyat Sabah - Mustapha
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud mengingatkan mahasiswa supaya bersikap rasional dalam mendepani dan memperjuangkan sebarang isu membabitkan Sabah serta rakyatnya.
Lagi jemaah meninggal dunia, kini 8 orang
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar memaklumkan seorang lagi jemaah haji Malaysia musim 1445M/2024 meninggal dunia, menjadikan kini 8 orang jemaah haji negara mati di Tanah Suci, daripada kuota 31, 600 orang.
Menteri Kabinet ucap selamat menyambut Aidiladha
Bersempena sambutan Aidiladha 1445 Hijrah, 2024 Masihi yang disambut seluruh umat Islam di negara harini.
Beberapa menteri Kabinet turut merakamkan ucapan selamat menyambut Aidiladha kepada semua yang menyambutnya.
Beberapa menteri Kabinet turut merakamkan ucapan selamat menyambut Aidiladha kepada semua yang menyambutnya.
![Arkib Negara kekal pelihara bidikan sejarah hubungan Malaysia-China Arkib Negara kekal pelihara bidikan sejarah hubungan Malaysia-China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718542740_tbJaafarSidek.jpg)
Arkib Negara kekal pelihara bidikan sejarah hubungan Malaysia-China
Arkib Negara masih menyimpan rapi setiap gambar serta dokumen penting rentetan daripada peristiwa bersejarah itu.
Deklarasi Sidang Kemuncak Ukraine di Switzerland dapat sokongan luas
Sidang Kemuncak Ukraine dihadiri 90 negara, menyokong deklarasi akhir mendesak keselamatan senjata nuklear, pembebasan tahanan awam, dan libat urus Rusia dalam rundingan.
Keamanan Ukraine makin hampir, tapi Putin tidak serius
Pesuruhjaya Eropah, Ursula von der Leyen, menyatakan keamanan semakin menghampiri Ukraine, namun Presiden Rusia, Vladimir Putin masih tidak serius menamatkan perang dan menetapkan syarat tidak masuk akal.
![Kebajikan anggota keselamatan terus diberi keutamaan - PM Anwar Kebajikan anggota keselamatan terus diberi keutamaan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718448646_AnwarIbrahim.jpg)
Kebajikan anggota keselamatan terus diberi keutamaan - PM Anwar
Perdana Menteri beri jaminan bahawa Kerajaan Madani akan terus memastikan kebajikan dan kemudahan anggota keselamatan diberi keutamaan.
![RM4 bilion projek pengurusan bekalan air Perak-Pulau Pinang - PM Anwar RM4 bilion projek pengurusan bekalan air Perak-Pulau Pinang - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718433590_tbAnwarIbrahim.jpg)
RM4 bilion projek pengurusan bekalan air Perak-Pulau Pinang - PM Anwar
Kerajaan bersetuju pada dasarnya meluluskan RM4 bilion untuk projek pengurusan bekalan air Perak-Pulau Pinang, dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah.
![PM Anwar beri sumbangan kepada 29 masjid, 13 surau sempena Aidiladha PM Anwar beri sumbangan kepada 29 masjid, 13 surau sempena Aidiladha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718349842_tbsumbanganAidiladh.jpg)
PM Anwar beri sumbangan kepada 29 masjid, 13 surau sempena Aidiladha
Perdana Menteri menyampaikan sumbangan Aidiladha sebanyak RM113,000 serta 42 ekor lembu kepada 29 masjid dan 13 surau di Parlimen Indera Mahkota.
![PM arah PDRM siasat rapi kes Faisal Halim, Zayn Rayyan PM arah PDRM siasat rapi kes Faisal Halim, Zayn Rayyan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718348773_faisalhalimzaynra.jpg)
PM arah PDRM siasat rapi kes Faisal Halim, Zayn Rayyan
PDRM diarah untuk melakukan siasatan rapi ke atas kes simbah asid pemain Harimau Malaya, Faisal Halim dan pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.
![Setiap sen hasil subsidi diesel dipulangkan kepada rakyat seadilnya - PM Anwar Setiap sen hasil subsidi diesel dipulangkan kepada rakyat seadilnya - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718346031_AnwarIbrahim.jpg)
Setiap sen hasil subsidi diesel dipulangkan kepada rakyat seadilnya - PM Anwar
Anwar berkata penyasaran subsidi diesel dilaksanakan kerana berlaku ketirisan melampau bahan bakar itu.
![Jangan tanam bibit perpecahan dalam negara - Anwar Jangan tanam bibit perpecahan dalam negara - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718340597_TBAnwarIbrahim.jpg)
Jangan tanam bibit perpecahan dalam negara - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan penjawat awam untuk tidak menggugat prinsip utama perlembagaan negara.
![Anwar ingatkan penjawat awam tinggalkan amalan buruk dalam perkhidmatan Anwar ingatkan penjawat awam tinggalkan amalan buruk dalam perkhidmatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718339407_TBAnwarIbrahim.jpg)
Anwar ingatkan penjawat awam tinggalkan amalan buruk dalam perkhidmatan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan penjawat awam untuk terus mengekalkan amalan terbaik sekali gus meninggalkan amalan buruk ketika dalam perkhidmatan.
![Penyasaran subsidi diesel: 'Adakah rakyat biasa tidak terjejas?' - Muhyiddin Penyasaran subsidi diesel: 'Adakah rakyat biasa tidak terjejas?' - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718256733_diesel.jpg)
Penyasaran subsidi diesel: 'Adakah rakyat biasa tidak terjejas?' - Muhyiddin
Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan rasionalisasi penyasaran subsidi diesel yang dilaksanakan kerajaan.
![Chow jumpa Anwar esok bincang Projek Air Perak-Pulau Pinang Chow jumpa Anwar esok bincang Projek Air Perak-Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718274803_ChowKonYeowKetua.jpg)
Chow jumpa Anwar esok bincang Projek Air Perak-Pulau Pinang
Ketua Menteri Chow Kon Yeow akan mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan Projek Air Perak-Pulau Pinang.
![Kerajaan tidak campur tangan kreativiti karya seni - PM Anwar Kerajaan tidak campur tangan kreativiti karya seni - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718250811_AnwarIbrahimperda.jpg)
Kerajaan tidak campur tangan kreativiti karya seni - PM Anwar
Kerajaan juga kekal mendukung prinsip kebebasan berekspresi menerusi karya anak-anak seni yang mesti disemarakkan.