awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kandungan mudarat di media sosial meningkat ketara - SKMM

Sinar Harian
Sinar Harian
29/03/2024
02:00 MYT
Kandungan mudarat di media sosial meningkat ketara - SKMM
Kandungan memudaratkan di media sosial dan platform 'over the top' (OTT) menunjukkan peningkatan ketara apabila 27,115 kandungan telah diturunkan dua bulan pertama tahun ini. - Gambar hiasan
CYBERJAYA: Kandungan memudaratkan di media sosial dan platform 'over the top' (OTT) menunjukkan peningkatan ketara apabila 27,115 kandungan telah diturunkan dua bulan pertama tahun ini.
Ia berbanding 35,490 kandungan yang telah diturunkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sepanjang tahun 2023.
SKMM menerusi kenyataan memaklumkan, kandungan memudaratkan itu termasuklah ucapan berbaur kebencian, scam, penjualan haram, perjudian dan berita palsu.
"Kandungan sedemikian mengundang ancaman signifikan kepada fabrik sosial dan institusi di Malaysia," kata suruhanjaya itu pada Jumaat.
Ujar SKMM, sejumlah 2,004 kandungan melibatkan ucapan berbaur kebencian dan menyentuh aspek agama, raja dan kaum (3R) yang berpotensi mencetuskan keganasan serta diskriminasi telah diturunkan sejak Januari 2023 hingga kini.
Manakala, sejumlah 479 kandungan provokasi dan 3R telah diturunkan sejak 13 Mac hingga kini.
"SKMM tidak akan berkompromi dan bertolak ansur dengan sebarang penyebaran kandungan provokatif yang melampau di media sosial," tegasnya.
Jelas suruhanjaya itu, susulan insiden melibatkan stoking tertera kalimah ALLAH, pihaknya bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengesan dan menjejaki pemilik-pemilik akaun yang terlibat serta membawa mereka ke muka pengadilan.
"SKMM mengingatkan semua pihak untuk menghentikan hantaran provokasi dan elak daripada menulis komen-komen yang bersifat provokatif dan 3R di media sosial," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#MCMC
#SKMM
#kandungan memudaratkan
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan