Skip to main content

Malaysia

Kantin sebuah sekolah diarah tutup 14 hari

Adobe Stock
- Gambar hiasan

GEORGE TOWN: Kantin sebuah sekolah di sini diarah tutup serta-merta selepas pemeriksaan pihak kesihatan mendapati terdapat najis tikus.

Pengarah Pendidikan Pulau Pinang Mohd Dziauddin Mat Saad berkata pihaknya dimaklumkan arahan penutupan kantin itu selama empat belas hari bermula 12 tengah hari semalam hingga 27 Mei. 

"Hasil siasatan dan pemantauan di kantin itu terdapat najis tikus di bahagian lantai belakang peti sejuk yang tidak digunakan dan perintah penutupan premis makanan tidak suci (kotor) di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dikeluarkan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Setakat ini tiada kes keracunan membabitkan murid atau guru yang dilaporkan berlaku di sekolah itu.

Beliau berkata pihak sekolah telah mengatur penyediaan makanan kepada murid daripada pembekal makanan sepanjang tempoh kantin itu ditutup.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video