awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OIC, negara Islam kecam pelanggaran gencatan senjata oleh Israel di Gaza
MAIPs salur sumbangan RM150,000 bantu mangsa banjir di Aceh
Anwar harap Zoo Johor terus diperkasakan sebagai pusat rekreasi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kapal Equanimity dijangka tiba di Pelabuhan Klang tengah hari ini

Bernama
Bernama
07/08/2018
02:16 MYT
Kapal Equanimity dijangka tiba di Pelabuhan Klang tengah hari ini
Kapal mewah Equanimity yang dianggarkan bernilai RM1 bilion dipercayai sebahagian daripada aset yang dibeli menggunakan dana 1MDB. - Gambar fail
Kapal 'Equanimity' yang dipercayai milik ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low dijangka tiba di Terminal Boustead Cruise Center, Pelabuhan Klang tengah hari ini, menurut sumber polis.
Kapal mewah itu yang dianggarkan bernilai RM1 bilion dipercayai sebahagian daripada aset yang dibeli menggunakan dana 1MDB.
Pihak berkuasa antarabangsa masih memburu Jho Low yang dikatakan turut bersuhabat dalam penyelewengan dana 1MDB.
Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan terima kasih kepada Presiden Indonesia Joko Widodo dan kerajaan negara itu atas bantuan mereka dalam menyerahkan 'Equanimity' yang dirampas pihak berkuasa republik itu kepada Malaysia.
BACA: Equanimity mungkin dijual - Guan Eng
BACA: Di mana kapal mewah Equanimity berada sekarang?
Kapal itu disita di Bali pada Februari atas permintaan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) namun pada April mahkamah Indonesia memutuskan pihak Indonesia tidak boleh bertindak sedemikian dan kapal itu perlu dikembalikan kepada pemiliknya.
Bagaimanapun kerajaan Indonesia merampasnya sekali lagi pada Julai.
BACA: Pemilik 'The Equanimity' cabar tindakan sitaan oleh DOJ dan pihak berkuasa Indonesia
BACA: Rampasan kapal Equanimity tiada kaitan dengan siasatan terhadap 1MDB
BACA: PDRM tidak terima sebarang panggilan berhubung kapal layar mewah
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#1MDB
#Equanimity
#Indonesia
#Jho Low
#kapal
#Mahathir Mohamad
#Pelabuhan Klang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan