awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
Sultan Selangor terima menghadap Dr Malik, pertemuan sarat emosi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kapal layar terbakar, 7 kru diselamatkan Maritim Malaysia

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
18/02/2021
07:08 MYT
Kapal layar terbakar, 7 kru diselamatkan Maritim Malaysia
Anggota keselamatan memadam api kebakaran pada kapal layar di kawasan perairan kira-kira 0.6 batu nautika Timur Laut Pulau Singa Kechil, Langkawi pada Khamis. - Gambar APMM
LANGKAWI:Sebuah kapal layar dilaporkan terbakar di kawasan perairan kira-kira 0.6 batu nautika Timur Laut Pulau Singa Kechil, di sini, hari ini.
Dalam kejadian pukul 8.18 pagi itu, tujuh lelaki yang juga kru kapal itu diselamatkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).
Pengarah Maritim Malaysia Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, kebakaran kapal layar itu dikesan kapal Maritim Malaysia, KM Tenggol.
"Kejadian itu kemudian disalurkan ke Sub-Pusat Menyelamat Maritim (MRSC) Langkawi, selain Tentera Laut Diraja Malaysia, Pasukan Polis Marin dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
"Pada masa sama, bot Kilat 6 daripada Maritim Malaysia digerakkan ke lokasi kejadian untuk memberi bantuan sewajarnya," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Mohd Zawawi berkata, tujuh kru kapal layar itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan dipindahkan ke KM Tenggol.
"Kerja-kerja pemadaman api masih giat dilakukan berikutan angin kuat dengan menggunakan beberapa aset membabitkan pelbagai agensi penyelamat.
"Sehingga kini, tiada tumpahan minyak dilaporkan berlaku di lokasi kejadian dan pihak kami akan membuat pemantauan berterusan," kata beliau lagi.
Topic Berkaitan
#kapal layar terbakar
#tujuh kru kapal
#Timur Laut Pulau Singa Kechil
#Langkawi
#Kedah
#Maritim Malaysia
#kapal Maritim Malaysia
#KM Tenggol
#Laksamana Pertama Maritim
#Mohd Zawawi Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan