NATIONAL
Kapal peninjau tentera, pengawal pantai China dilapor berlegar di perairan Sarawak

Perairan Sarawak di Laut China Selatan. -Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kapal peninjau tentera China dan Pengawal Pantai China (CCG) dilaporkan berlegar di perairan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Malaysia, berdekatan pelantar minyak Velesto Energy NAGA 4, milik PETRONAS di Sarawak pada Sabtu.
Ringkasan AI
- Kapal peninjau tentera China dan Pengawal Pantai China (CCG) dilaporkan berada di Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Malaysia.
- Aset Tentera Laut Diraja Malaysia, KD Sundang dan KD Selangor, serta aset Maritim Malaysia, KM Arau, telah digerakkan ke kawasan tersebut.
- Terdapat beberapa insiden pertembungan antara pengawal pantai China dan Filipina, dengan situasi terkini dilaporkan pada 31 Ogos.
Pada 30 Julai lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan sebagai menggesa nelayan dan pemancing di Laut China Selatan untuk tidak bimbang dengan kehadiran kapal Pengawal Pantai China (CCG), khususnya di kawasan sekitar Beting Patinggi Ali.
Ia disusuli dengan beberapa insiden pertembungan pengawal pantai China dan Filipina yang menjadikan situasi di perairan di pertikaikan itu tegang, dengan yang terkini dilaporkan pada 31 Ogos lalu.
Pada 29 Ogos, sebuah portal media Filipina mendedahkan Nota Diplomatik daripada Kementerian Luar China kepada Kedutaan Besar Malaysia di Beijing pada Februari lepas mengenai bantahan China terhadap aktiviti eksplorasi minyak di Beting Raja Jarum dan Beting Patinggi Ali.
Untuk konteks, Astro AWANI menggunakan nama yang diiktiraf Malaysia bagi merujuk kepada kawasan beting dan terumbu milik Malaysia yang dipertikaikan berbanding nama yang dirujuk oleh China atau negara-negara lain.
Pada Khamis lalu, Anwar telah menegaskan Malaysia tidak akan menghentikan operasi meneroka kawasan yang berpotensi mempunyai minyak dan gas di Laut China Selatan biarpun wujud bantahan daripada China kononnya negara ini telah melepasi sempadan yang dibenarkan.
Walau bagaimanapun, Astro AWANI masih menunggu kenyataan rasmi Kerajaan Malaysia mengenai operasi kapal China di perairan Sarawak baru-baru ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami