KUALA LUMPUR: Kapal perang Tentera Laut Diraja Kanada, HMCS Winnipeg yang tiba di Malaysia pada 14 Sept lepas, hari ini berlepas dari Pelabuhan Klang, menamatkan lawatan muhibahnya.
Suruhanjaya Tinggi Kanada di Malaysia berkata, Malaysia adalah tuan rumah yang sangat baik sepanjang lawatan itu dan ia turut membantu dalam menjulang sambutan ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
Menurutnya, Malaysia dan Kanada adalah negara maritim yang berkongsi nilai dan keinginan bersama untuk keamanan, kestabilan serta kemakmuran dalam Indo-Pasifik dan lawatan itu juga merupakan peluang untuk meraikan 65 tahun hubungan diplomatik, di samping menyerlahkan hubungan yang akrab dan terus berkembang antara dua negara.
"Penempatan HMCS Winnipeg di rantau Indo-Pasifik bertujuan untuk bekerjasama dengan negara rakan bagi meningkatkan kerjasama ketenteraan dan sebagai negara Pasifik sendiri. Ia juga adalah sebahagian daripada sumbangan kami untuk menjadikan dunia lebih selamat dan stabil," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut kenyataan itu, lawatan HMCS Winnipeg telah membantu mengeratkan hubungan rakyat antara kedua-dua negara dan kru kapal itu berpeluang untuk berhubung bukan sahaja dengan Tentera Laut Diraja Malaysia, tetapi juga dengan beberapa komuniti tempatan.
"Semasa berada di Malaysia, anak kapal telah mengambil bahagian dalam beberapa acara khidmat bantuan, termasuk sesi di Sunway International School, serta pertemuan dengan penduduk Kampung Orang Asli Pulau Indah dari kaum Mah Meri.
"Komuniti di kampung berkenaan menerima bantuan bernilai kira-kira RM20,000 sumbangan Boomer's Legacy, yakni sebuah dana kebajikan yang mendapat namanya sempena memperingati seorang petugas angkatan tentera Kanada yang terbunuh di Afghanistan," menurut kenyataan itu.
Menurutnya, sejak lawatan terakhir HMCS Winnipeg lima tahun lepas, hubungan Kanada-Malaysia telah berkembang dalam banyak bidang, daripada perdagangan sehingga pertukaran budaya, kepada kerjasama pertahanan.
Menurut kenyataan itu, Pesuruhjaya Tinggi Kanada, Wayne Robson berkata, kerjasama rapat dengan rakan sekutu di rantau ini merupakan sesuatu yang amat penting sekali di saat ini.
"Lawatan kapal HMCS ke Malaysia membantu kami memeterai hubungan kukuh yang berkekalan antara Kanada dan Malaysia," katanya.
Menurutnya, lawatan HMCS Winnipeg membantu menyokong komitmen berpanjangan Kanada terhadap kestabilan dan keselamatan di Asia Tenggara dan rantau Indo-Pasifik yang lebih luas. - BERNAMA
Bernama
Tue Sep 20 2022

Kapal perang Tentera Laut Diraja Kanada, HMCS Winnipeg yang tiba di Malaysia pada 14 Sept lepas, hari ini berlepas dari Pelabuhan Klang, menamatkan lawatan muhibahnya. - Gambar Facebook High Commission of Canada in Malaysia

34 maut, 150 parah dalam serangan bom di masjid
Sekurang-kurangnya 34 orang disahkan maut manakala 150 yang lain cedera parah susulan serangan pengebom bunuh diri di sebuah masjid di bandar Peshawar, Pakistan.

Malaysia-Singapura boleh bersama anjur resolusi keamanan di PBB - Dr. Oh Ei Sun
Felo Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Dr. Oh Ei Sun berpendapat dua negara berjiran yang harmoni dalam kepelbagaiannya wajar bersama dalam menganjurkan projek keamanan di pentas dunia.

AWANI Ringkas: Batu Puteh | Sedia runding demi kepentingan Malaysia-Singapura
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Jeti roboh di Pulau Pababag
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bocor, tongkang sarat kontena nyaris karam
Sebuah tongkang yang membawa pelbagai jenis kontena hampir karam selepas ia mengalami kebocoron ketika berada di perairan muara Kuala Muda.

Tiga punca negara kurang guru, menurut Dr Anuar
Pensyarah Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Fakulti Pendidikan UKM, Dr Anuar Ahmad memaklumkan punca negara kekurangan guru adalah disebabkan terlalu banyak mata pelajaran, ramai guru bersara awal dan dilantik ke posisi pentadbiran.

Kerjasama erat Malaysia-Singapura dapat lonjakkan industri halal, perbankan - Dr. Oh Ei Sun
Felo Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Dr. Oh Ei Sun melihat Malaysia boleh mendapat limpahan kepesatan industri perbankan Singapura pada masa sama negara jiran itu dapat dibantu dengan keunggulan kita dalam industri halal.

PPD, JPN wajar diberi kuasa pengambilan guru - Dr. Anuar
Pensyarah Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Fakulti Pendidikan UKM, Dr. Anuar Ahmad melihat perlunya guru yang benar-benar faham dengan budaya dan aspirasi pelajar di sesebuah lokaliti.
![AWANI 7:45 [30/01/2023] - Sedia bincang kepentingan bersama | Wakil parti beri duit AWANI 7:45 [30/01/2023] - Sedia bincang kepentingan bersama | Wakil parti beri duit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007284/34651835121675087575040_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [30/01/2023] - Sedia bincang kepentingan bersama | Wakil parti beri duit
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Jasmine Abu Bakar Tumpuan #AWANI745 malam ini: - Pulau Batu Puteh, kerajaan tidak setuju keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa. - Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan, waris Sultan Sulu. -Pas dakwa beri wang kepada pengundi untuk balik mengundi, bukan kesalahan. -Jumlah anggota kastam dan imigresen ditambah di Tambak Johor. #AWANInews

Bincang dengan KKM nilai perubatan kanabis, ketum - TPM
Kementerian Perladangan dan Komoditi sedang melihat potensi perubatan yang ada dalam tanaman kanabis dan ketum, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Kapal perang Kanada HMCS Winipeg tamat lawatan, berlepas dari Pelabuhan Klang
HMCS Winnipeg yang tiba di Malaysia pada 14 Sept lepas, hari ini berlepas dari Pelabuhan Klang.