Polis menggesa mangsa yang pernah ditipu oleh seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai ‘Kapten Darwin’ supaya tampil membuat laporan.
Ini berikutan terdapat lapan kes yang dilaporkan melibatkan suspek ini dalam tempoh tiga bulan dari September hingga Disember tahun lalu dan polis percaya ianya mungkin lebih dari itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata suspek berumur 46 tahun ini sering memperkenalkan diri kepada mangsanya sebagai ‘Kapten Darwin’.
“Dia mendakwa dirinya sebagai juruterbang pesawat komersil dan seringkali mengunjungi pusat-pusat membeli belah di Kuala Lumpur. Dia akan berbual-bual dengan orang-orang yang ditemuinya ketika mengunjungi pusat-pusat membeli belah ini,” kata Ku.
Beliau menambah, orang-orang yang berbual dengan suspek ini pasti akan mengikut apa sahaja yang disuruh oleh suspek ini.
“Mangsa mendakwa bagaikan dipukau ketika berbual dengan suspek. ‘Kapten Darwin’ kemudiannya akan membawa mangsa pergi makan dan membeli belah dan semua barangan seperti telefon bimbit dan sebagainya yang dibeli oleh suspek akan dibayar sendiri oleh mangsa menggunakan kad kredit mangsa,” kata beliau.
Mangsa kemudian akan diajak ke hotel untuk berbincang urusan perniagaan dan tempahan bilik akan dilakukan oleh menggunakan nama mangsa.
“Di dalam bilik hotel itu kemudian, ‘Kapten Darwin’ akan mengesyorkan kepada mangsanya untuk memakan sejenis ubat yang didakwa mampu menguruskan badan."
Apabila mangsa makan ubat tersebut, mangsa akan tidak sedarkan diri dan tidur dengan lenanya.
“Suspek kemudian mengambil kesempatan dengan mencuri semua barangan seperti dompet, wang, telefon bimbit dan pelbagai lagi milik mangsa sebleum keluar dari hotel dan menghilangkan diri,” kata Ku.
Kebanyakkan mangsa adalah lelaki yang bekerja sebagai pemandu teksi dan juruteknik. Malah ada juga mangsa yang berasal dari Sabah dan Brunei.
Namun kelicikan suspek ini berakhir apabila beliau ditahan oleh sepasukan polis di sebuah hotel murah di Jalan Putra, Kuala Lumpur pada 2 Januari lalu.
Kerugian mangsa dianggarkan bernilai lebih RM50,000
Sementara itu dalam kes berasingan, polis memburu sepasang kekasih yang disyaki memiliki sepucuk pistol tiruan jenis Piettro Berretta buatan Itali yang dijumpai ketika polis menyerbu mereka di sebuah hotel murah di Bandar Baru Sri Petaling, Selasa.
Kejadian bermula apabila polis menerima laporan mengenai kehilangan sebuah komputer riba jenis MacBook yang dipercayai dicuri dalam sebuah kereta di ruangan parkir di kompleks membeli belah di Sri Petaling pada Januari 7.
Pada jam 2.30pagi, polis berjaya mengesan kedua-dua suspek dan ketika serbuan dilakukan, kedua-duanya sempat melempar komputer riba yang dicuri dan sepucuk pistol ke luar bilik mereka sebelum melarikan diri.
Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek lelaki dikenali sebagai Lai Mok Sang, 44, dan mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau seperti curi kereta dan dadah sementara suspek wanita iatu teman wanita, Lai masih disiasat.
Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua suspek ini diseru unutk menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.
Aizat Sharif
Wed Jan 09 2013
RAMPAS: Polis menemui semula barangan yang dipercayai dicuri oleh seorang lelaki mendakwa dirinnya 'Kapten Darwin'
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Lelaki dengan 35 rekod jenayah ditahan kes pecah rumah, curi
Lelaki berusia 38 tahun itu ditahan susulan laporan dibuat seorang wanita selepas rumahnya di Taman Acbe dipecah masuk pada 21 Okt lepas.
Pecah masuk kedai, curi: Tiga lelaki dihadapkan di lima Mahkamah Majistret
Tiga lelaki termasuk seorang warga Myanmar dihadapkan ke lima Mahkamah Majistret atas pertuduhan pecah masuk kedai runcit dan mencuri kenderaan antara Ogos dan Oktober ini.
Lelaki mengaku curi tandas duduk emas bernilai RM286 juta
Tandas yang diberi nama 'America' telah dicipta oleh seorang artis seni Itali yang terkenal, Maurizio Cattelan.
Dua lelaki ditahan curi, jual penukar bermangkin ekzos
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata kedua-dua suspek berusia 30an hingga 40an itu ditahan di Petaling Jaya dan Jalan Ipoh, semalam.
Lelaki ditahan syaki pecah masuk bengkel
Kejadian itu disyaki membabitkan tiga suspek yang telah mencuri barangan kenderaan di premis tersebut.
OKU rugi RM4,000, amah larikan barang kemas
Mangsa telah membayar gaji sebanyak RM1,200 kepada suspek yang diambil bekerja awal bulan Disember tahun lepas.
Pekerja syarikat kawalan keselamatan ditahan curi wang ATM
Polis menahan seorang pekerja syarikat kawalan keselamatan selepas disyaki terbabit dalam kes curi wang daripada sebuah mesin wang automatik (ATM) di sebuah institusi pengajian di Bestari Jaya.
Geng curi barang kosmetik, pakaian kanak-kanak tumpas
Polis menumpaskan geng curi barangan kosmetik dan pakaian kanak-kanak di pasar raya dengan tertangkapnya lima individu termasuk empat wanita dalam serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang.
Lelaki curi cermin mata berjenama dipenjara 6 bulan
Tertuduh turut didakwa melakukan khianat dan melanggar dua pengawal keselamatan pusat beli-belah itu menggunakan sebuah kereta.
Lelaki miliki 20 rekod jenayah lampau ditahan
Suspek direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.