awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Karnival Kita MADANI perlu dianjurkan di peringkat akar umbi - Shamsul Anuar

Bernama
Bernama
24/06/2023
21:45 MYT
Karnival Kita MADANI perlu dianjurkan di peringkat akar umbi - Shamsul Anuar
Shamsul Anuar menyerahkan sumbangan kepada penerima pada Majlis Perasmian Penutup Karnival Kita Madani 2023 peringkat DUN Seberang Takir di Kampung Telaga Daing, Seberang Takir, 24 Jun 2023. Turut hadir, Ahmad Razif (tengah). --fotoBERNAMA
KUALA NERUS: Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah menyarankan supaya penganjuran 'Karnival Kita MADANI' diteruskan ke peringkat akar umbi bagi menjelaskan gagasan Malaysia MADANI kepada rakyat.
Katanya ia perlu supaya gagasan Malaysia MADANI berkenaan dapat difahami secara mendalam oleh setiap lapisan rakyat.
"Karnival seumpama ini perlu diadakan terutama di peringkat akar umbi agar konsep Malaysia MADANI difahami rakyat, untuk membolehkan segala polisi dan dasar baharu kerajaan yang dibawa oleh Perdana Menteri dihayati oleh rakyat.
"Nilai yang diterap dalam Malaysia MADANI benar-benar meletakkan rakyat sebagai keutamaan... Kerajaan Perpaduan memahami rakyat, (memahami) tekanan (dihadapi) rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Penutup Karnival Kita Madani 2023 di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir di sini, semalam.
Turut hadir pada karnival itu Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Datuk Seri Dr Ahmad Razif Abdul Rahman yang juga merupakan ADUN Seberang Takir.
Terdahulu Shamsul Anuar yang juga ahli Majlis Tertinggi UMNO dalam ucapannya mengajak rakyat Terengganu supaya menyokong Kerajaan Perpaduan demi kestabilan politik bagi membolehkan sosioekonomi negara terus bertambah baik demi kebaikan rakyat keseluruhannya.
Katanya untuk membolehkan negeri-negeri khususnya Terengganu dapat dibangunkan dengan sempurna, rakyat juga perlu memilih kerajaan yang sealiran dengan Kerajaan Persekutuan.
"Bila sealiran, lebih senang. Peruntukan dan pembangunan dapat disalurkan secara terus.Jangan perjudikan masa depan negeri. Jangan sekali lagi buat silap, pilih yang terbaik," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia Madani
#akar umbi
#kestabilan politik
#Shamsul Anuar Nasarah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan