PEKAN: Karnival Pembedahan Katarak yang dijadualkan sebanyak enam siri di Pahang tahun ini adalah inisiatif yang diteruskan bagi mendekatkan perkhidmatan kepakaran kepada masyarakat selain mengurangkan masa pesakit menunggu giliran untuk menjalani pembedahan.
Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata menerusi karnival itu, pembedahan mata dapat dilakukan kepada ramai pesakit oleh pakar yang di bawa ke hospital berhampiran mereka.
"Sehingga Mac tahun ini, bilangan pesakit yang sedang menunggu untuk jalani pembedahan adalah kira-kira 533 orang, justeru bila ada karnival seumpama ini, kita dapat panggil ramai (pesakit) serentak untuk buat pembedahan sekali gus memendekkan masa mereka menunggu giliran.
"Melalui karnival ini juga, kita dapat menyediakan lokasi yang lebih dekat dan menjimatkan perjalanan serta kos pesakit," katanya pada sidang media selepas merasmikan karnival itu di Hospital Pekan di sini semalam.
Dr Nor Azimi berkata seramai 2,555 individu direkodkan menjalani pembedahan katarak tahun lepas dengan 273 daripadanya melakukan pembedahan menerusi empat siri karnival yang diadakan.
Beliau berkata Hospital Pekan dipilih sebagai lokasi siri pertama penganjuran karnival tahun ini dengan seramai 58 pesakit antaranya dari Rompin, Muadzam Shah dan Pekan dijadual menjalani pembedahan katarak pada semalam dan hari ini.
Menurut Dr Nor Azimi, sembilan pakar oftalmologi, tujuh pegawai perubatan dan lapan kakitangan sokongan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan terlibat dalam pembedahan itu.
"Daripada pesakit terpaksa ke Kuantan, kita bawa pakar ke Hospital Pekan yang lebih dekat dengan mereka, ini memang satu daripada usaha untuk dekatkan perkhidmatan kepakaran kepada masyarakat terutama yang berada di luar bandar.
"Saya berharap pesakit yang sudah menjalani pembedahan ini dapat memberi inspirasi kepada orang terdekat mereka yang mengalami masalah katarak untuk membuat pembedahan kerana selepas membuang selaput, ia dapat kembalikan kehidupan berkualiti kita," katanya.
Siri Karnival Pembedahan Katarak seterusnya dijadual diadakan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh pada 14 hingga 16 Mac dan 22 hingga 24 Ogos, Hospital Kuala Lipis (12-14 Mei dan 13-15 Okt) serta HTAA (22-24 Sept).
Pada majlis perasmian semalam, seramai tujuh pesakit turut menerima kanta sumbangan zakat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) manakala lima lagi mendapat bantuan kanta daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 29 2023
Nor Azimi (berdiri tiga, kiri) melawat sekitar Karnival Pembedahan Katarak di Hospital Pekan semalam. Turut kelihatan, Pengarah Hospital Pekan, Dr Fadilla Norli Muhammad (kiri). --fotoBERNAMA
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
Karnival Pembedahan Katarak dekatkan khidmat pakar kepada pesakit
Menerusi karnival itu, pembedahan mata dapat dilakukan kepada ramai pesakit oleh pakar yang di bawa ke hospital berhampiran mereka.