KUALA LUMPUR:Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menganggap tindakan pihak berkuasa mengesan dan menangkap individu terbabit dalam syarikat kartel daging sejuk beku sebagai penyelesaian jangka pendek.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata langkah jangka panjang yang perlu diambil sebenarnya adalah meningkatkan ketelitian di peringkat proses pendaftaran syarikat.
Dakwanya, ada sesetengah syarikat dikesan ditubuhkan oleh sindiket terbabit dengan menyalahgunakan identiti individu tertentu tanpa pengetahuannya.
"Kita jumpa salah seorang individu yang namanya dikaitkan dengan sebuah syarikat berkaitan sindiket terbabit di sebuah kawasan perumahan setinggan. Kita dapati namanya digunakan.
"Dia pun tidak tahu (mengenai penyalahgunaan nama)... dia pakai motor buruk sahaja.
"Satu lagi kes, ada syarikat besar menggunakan satu nama individu... kita dapati nama dia ada dalam 80 buah syarikat," dakwanya dalam satu sidang media di ibu negara pada Khamis.
Jelas Nadzim lagi, jika mekanisme baharu membabitkan pengesahan identiti dapat diwujudkan, kegiatan mengeksploitasi nama individu lain seperti itu tidak akan berlaku lagi.
Dalam pada itu, Nadzim berharap agensi berkaitan dapat mengadakan operasi pemeriksaan secara besar-besaran membabitkan 21 syarikat pengimport daging yang diiktiraf kerajaan.
"Kita minta 21 syarikat-syarikat besar ini, pihak penguat kuasa pergi periksa semua... membabitkan dokumentasi dan sebagainya di setiap sudut," katanya.
Tambah Nadzim lagi, PPIM yang terbabit dalam pembongkaran kegiatan kartel daging itu sebelum ini, turut menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk membantu kerajaan menangani isu berkenaan.
Dalam pada itu, Ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Kartel Daging itu, Abdul Kareem Said, berpendapat sudah tiba masanya kerajaan mengikut langkah Brunei yang mewujudkan pusat penyembelihan sendiri di luar negara.
"Brunei menubuhkan pusat penyembelihan sendiri di Australia, kita boleh menghantar pegawai duduk di pusat penyembelihan atau pun lebih baik adalah pusat ini dikendalikan orang Islam," katanya.
Fareez Azman
Thu Dec 31 2020

Nadzim berkata proses pendaftaran syarikat juga perlu ditingkatkan tahap keselamatannya. - Gambar/ Astro AWANI

Pasca banjir | Kerajaan Johor pohon peruntukan RM48 juta
Kerajaan Johor memohon peruntukan RM48 juta daripada kerajaan persekutuan bagi membaiki infrastruktur yang rosak di enam daerah akibat banjir. Exco kerja Raya Pengangkutan Dan Infrastruktur negeri Johor, Mohd Solihan Badri berkata,peruntukan itu untuk membaiki jalan, cerun bukit dan jambatan yang rosak

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 24 Januari 2021.

Pemimpin parti dalam kerajaan PN puas hati penjelasan mengenai Ordinan Darurat - PM Muhyiddin
Muhyiddin yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini berkata antara yang turut dibincangkan adalah pelan imunisasi vaksin yang akan bermula bulan depan.

PKP - Tidak ada sebut tentang pkp penuh - EuroCham
Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah Malaysia (EuroCham Malaysia) menafikan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) ada sebut tentang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan penuh pada Februari, jika jumlah kes jangkitan COVID-19 gagal diturunkan. Dalam satu kenyataan, eurocham memaklumkan surat berkenaan merupakan pekeliling dalaman yang dihantar kepada semua anggota untuk menyampaikan intipati perbincangan tidak rasmi dengan MITI.

AWANI Ringkas: Tok Mat nafi dipilih sebagai calon PM | Tidak ada sebut tentang PKP penuh - EuroCham
![[INFOGRAFIK] PdPR datang mendadak kita belum bersedia [INFOGRAFIK] PdPR datang mendadak kita belum bersedia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/42602381571611500103371/1887057_8967789641611500411313_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] PdPR datang mendadak kita belum bersedia
![[INFOGRAFIK] Populariti Muhyiddin berakhir? [INFOGRAFIK] Populariti Muhyiddin berakhir?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/39668803231611500103354/1887056_8967789641611500286089_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Populariti Muhyiddin berakhir?
![[INFOGRAFIK] Kluster Baharu (23 Januari 2021) [INFOGRAFIK] Kluster Baharu (23 Januari 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/35311973791611500103355/1887055_8967789641611500226468_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kluster Baharu (23 Januari 2021)

Agenda AWANI: Pakej PERMAI bantu rakyat dan perniagaan
Temu bual @najibaroff bersama Johan Mahmood Merican, Pengarah Belanjawan Negara @MoF mengenai pakej #PERMAI dalam #AgendaAWANI jam 9 mlm ini di saluran 501 dan astroawani.com

Vaksin COVID-19 selaras tuntutan mencegah penyakit dan kemudaratan - Jakim
Pengambilan vaksin adalah perlu bagi golongan yang diwajibkan oleh pemerintah seperti petugas barisan hadapan dan mereka yang berisiko tinggi.

Datuk Abdul Aziz Jusoh dilantik Ketua Pengarah JAKIM
Pelantikan itu bagi menggantikan Allahyarham Datuk Paimuzi Yahya yang meninggal dunia pada 8 Oktober tahun lalu.

COVID-19: Kerjasama semua pihak mampu capai imuniti kelompok
Usaha kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disifatkan relevan, sementara negara berusaha mencapai tahap imuniti kelompok.

Kartel daging: Jakim perhalusi cadangan ketat SOP pengimportan - Menteri Agama
Zulkifli berkata, antaranya dengan memperketat prosedur pengimportan daging halal pengangkutan dan pergudangan.

1.12 juta pek mi segera dirampas guna logo halal dibatalkan JAKIM
Syarikat memproses makanan segera itu masih menggunakan logo halal yang dibatalkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Miss Plus World tetap diadakan, penganjur perlu tepati janji
YADIM tetap mengambil pendirian dan keputusan membantah Miss Plus World sekiranya ia diteruskan dan masih menyerupai ala pertandingan ratu cantik wanita.

Lagi laporan polis gesa siasat penglibatan parti politik dalam kartel daging
Satu lagi laporan polis dibuat bagi menggesa polis menyiasat penglibatan pemimpin parti politik yang dipercayai bersubahat dalam kartel import daging sejuk beku.

Kartel daging: Proses pendaftaran syarikat perlu diperketatkan elak kecurian identiti - PPIM
Mengesan dan menangkap individu yang terlibat dalam syarikat dikaitkan dengan kartel daging adalah penyelesaian jangka pendek yang diambil pihjak berkuasa.

Kartel daging: Apa yang kita tahu setakat ini
Berikutan pendedahan tentang kartel daging import, SPRM Johor telah membuka satu kertas siasatan berhubung isu penyeludupan daging import

Kartel daging: Jangan anggap selesai, KPDNHEP belum 'cuci tangan' - Rosol
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan membuat pemantauan secara berterusan dan serbuan secara berkala.