Skip to main content

Malaysia

Karya seni lukisan eksklusif Raja Permaisuri Agong diabadikan menerusi koleksi "Beg Rumah Kampung"

JOHOR BAHRU, 20 Sept - Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah (dua, kiri) berkenan melihat koleksi Royal Johor Art By RZS Collection " Beg Rumah Kampung selepas merasmikan beg tersebut di Dataran Bandaraya Johor Bahru hari ini. Turut berangkat Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim (tengah) dan Che' Puan Mahkota Khaleeda Johor (kiri). Karya seni dihasilkan Seri Paduka Baginda bertemakan 'Balik Kampung' itu menonjolkan salah satu aspek utama perayaan Aidilfitri dan semua perayaan di Malaysia,
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah (dua, kiri) berkenan melihat koleksi Royal Johor Art By RZS Collection "Beg Rumah Kampung" selepas merasmikan beg tersebut di Dataran Bandaraya Johor Bahru hari ini. - Foto Bernama
Advertisement

JOHOR BAHRU: Karya seni lukisan eksklusif Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah yang memaparkan kenangan perumahan kampung semasa zaman kanak-kanak Seri Paduka Baginda, diabadikan pada “Beg Rumah Kampung” menerusi koleksi Royal Johor Art By RZS Collection.

Seri Paduka Baginda berkenan melancarkan beg itu bersempena dengan Hari Keluarga Johor 2026, yang diadakan di Dataran Bandaraya Johor Bahru, di sini hari ini.

Karya Seri Paduka Baginda yang bertemakan “Balik Kampung” itu menonjolkan satu aspek utama perayaan Aidilfitri dan semua perayaan di Malaysia, sebagai peringatan kepada orang ramai supaya berbangga dengan warisan dan kebudayaan.

Dihasilkan dalam kuantiti terhad, sebahagian hasil jualannya akan disalurkan bagi menyokong pelbagai program Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ), merangkumi bidang pendidikan, kesihatan dan kebajikan sosial demi manfaat golongan yang memerlukan.

Ketua Pegawai Eksekutif YRZSNJ Hishamuddin Abdul Rahim berkata keistimewaan Beg Rumah Kampung terletak pada karya seni eksklusif yang dihasilkan sendiri oleh Seri Paduka Baginda, sekali gus memberi peluang kepada masyarakat untuk memiliki karya istimewa itu.

"Lebih istimewa, beg ini bukan sahaja membawa nilai seni dan warisan, malah menjadi wadah untuk menyalurkan sumbangan serta menyantuni mereka yang memerlukan,” katanya.

Image
JOHOR BAHRU, 20 Sept - Annabella Chua (kanan) bersama Noor farahin Hashim (kiri) memperagakan koleksi Royal Johor Art By RZS Collection " Beg Rumah Kampung yang dirasmikan oleh Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah di Dataran Bandaraya Johor Bahru di sini hari ini. Karya seni dihasilkan Seri Paduka Baginda bertemakan 'Balik Kampung' itu menonjolkan salah satu aspek utama perayaan Aidilfitri dan semua perayaan di Malaysia, sebagai peringatan kepada orang ramai supaya berbangga dengan warisan dan kebudayaa
Annabella Chua (kanan) bersama Noor farahin Hashim (kiri) memperagakan koleksi Royal Johor Art By RZS Collection " Beg Rumah Kampung yang dirasmikan oleh Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini. - Foto Bernama

Sementara itu, Pengerusi The Johor Collection Datin Siti Azizah Omar berkata karya eksklusif serta pengeluarannya yang terhad menjadikan Beg Rumah Kampung sebagai koleksi yang mempunyai nilai tersendiri.

“Beg Rumah Kampung bukan sekadar sebuah beg, tetapi sebuah koleksi yang membawa karya seni, cerita dan warisan kebudayaan negara kita. Kami berbesar hati dapat bersama-sama YRZSNJ membawa karya istimewa ini lebih dekat kepada masyarakat,” katanya.

Beg Rumah Kampung berharga RM399 seunit itu boleh dibeli secara dalam talian menerusi saluran media sosial rasmi YRZSNJ.

Beg berkenaan juga boleh diperoleh secara fizikal di The Johor Collection Souvenir Centre, Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar dan Vamos Cafe, di sini, tertakluk kepada jumlah stok yang terhad.

--BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement