KOTA BHARU: Jabatan Kastam Kelantan merampas rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM749,760 termasuk cukai di pangkalan haram Kampung Kijang, Jalan Pantai Cahaya Bulan, di sini, Isnin lepas.
Pengarah Jabatan Kastam Kelantan Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata jumlah keseluruhan rokok yang dirampas adalah sebanyak 960,000 batang bernilai RM105,600 manakala anggaran cukai RM644,160.
Beliau berkata rampasan itu dilakukan oleh Pasukan Operasi Bahagian Penguatkuasa Kota Bharu kira-kira 5 pagi hasil risikan bahawa rokok berkenaan dibawa masuk dari negara jiran dengan menggunakan bot menerusi perairan negara berdekatan sempadan Malaysia-Thailand.
"Sewaktu operasi dijalankan, lapan lelaki sedang memunggah rokok dari bot ke daratan telah melarikan diri apabila menyedari kehadiran pihak berkuasa," katanya dalam sidang media di Cawangan Penguatkuasaan Kastam Kota Bharu, di sini, hari ini.
Katanya kastam masih mengesan pemilik rokok itu yang dipercayai untuk pasaran di negeri ini di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.
Wan Jamal Abdul Salam berkata orang ramai digesa membantu kastam memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain serta dinasihatkan tidak melibatkan dengan aktiviti itu.
"Penyeludup bukan sahaja merugikan negara dari segi ketirisan hasil malah turut mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.
"Kami menyeru kepada orang awam untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menyalurkan maklumat dan menghubungi di talian 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam yang berdekatan," katanya sambil memberi jaminan identiti pemberi maklumat dirahsiakan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 03 2024
Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan Wan Jamal Abdul Salam Wan Long menunjukkan rokok putih yang dirampas ketika mengadakan sidang media hari ini. - Foto Bernama
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Kastam Kelantan rampas rokok bernilai lebih RM700,000 termasuk cukai
Jabatan Kastam Kelantan merampas rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM749,760 termasuk cukai di pangkalan haram Kampung Kijang, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu.
Kastam Kelantan rampas ayam beku bernilai RM90,000
Jabatan Kastam Kelantan merampas 400 peket ayam beku seberat 6,000 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM90,000.
Kastam rampas 6,990,000 batang rokok seludup di Gua Musang, Tumpat
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan berjaya merampas 6,990,000 batang rokok seludup bernilai RM805,200 dalam tiga serbuan berasingan di Gua Musang dan Tumpat, minggu lalu.