awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kastam LTAK rampas dadah bernilai RM505,900, tahan dua individu

Bernama
Bernama
31/10/2019
14:19 MYT
Kastam LTAK rampas dadah bernilai RM505,900, tahan dua individu
Dadah jenis metamfetamin terbabit ditemui semasa pemeriksaan ke atas dua bagasi milik seorang lelaki dan seorang wanita. - Astro AWANI
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) merampas 10.118 kilogram (kg) dadah bernilai RM505,900 serta menahan dua individu pagi semalam.
Pengarah Kastam Sarawak Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha berkata dadah jenis metamfetamin terbabit ditemui semasa pemeriksaan ke atas dua bagasi milik seorang lelaki dan seorang wanita yang masing-masing berusia awal 40an dan lewat 20-an itu selepas tiba dari Pulau Pinang kira-kira pukul 8.55 pagi.
Katanya, dadah itu ditemui dalam dua kotak 'barbeque pot' yang disembunyikan dalam bagasi milik kedua-dua suspek selepas pemeriksaan rapi dijalankan oleh Pegawai Cawangan Narkotik JKDM Kuching.
"Anggaran berat kasar kesemua lima bungkusan bahan kristal daripada bagasi wanita berkenaan yang disyaki dadah itu adalah 5,049 gram manakala berat kasar bagi kesemua lima bungkusan daripada bagasi lelaki tersebut adalah 5,069 gram," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Suspek kini ditahan reman untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Menurutnya, dengan penemuan itu, nilai rampasan dadah oleh JKDM Sarawak sejak Januari 2019 sehingga kini adalah sebanyak RM2.3 juta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dadah
#jabatam kastam
#JKDM
#Kuching
#lapangan terbang
#ltak
#rampasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan