awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tanah ladang komersial FELDA-Terengganu hampir selesai - Ahmad Zahid
Kenaikan 300 peratus peruntukan Jalan Persekutuan bukti komitmen Kerajaan MADANI - Nanta
Sinergi kerajaan, industri pastikan keperluan Ramadan kekal mampu milik - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kastam Sabah rampas minuman keras bernilai lebih RM1 juta di Pelabuhan Sepanggar

Bernama
Bernama
05/08/2022
07:43 MYT
Kastam Sabah rampas minuman keras bernilai lebih RM1 juta di Pelabuhan Sepanggar
Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah Julaiman Soimin (tengah) menunjukkan minuman keras yang cuba diseludup di Pelabuhan Sepanggar pada 29 Julai lepas. - Foto Bernama
KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menggagalkan cubaan menyeludup masuk tiga kontena mengandungi minuman keras bernilai lebih RM1.56 juta termasuk cukai di Pelabuhan Sepanggar, di sini, Jumaat lepas.
Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah Julaiman Soimin berkata kesemua kontena mengandungi 9,000 kotak minuman keras pelbagai jenama bernilai RM658,000 dan cukai berjumlah RM910,000 itu ditemukan dalam pemeriksaan pada 10.50 pagi.
Beliau berkata pemeriksaan dilakukan selepas pihaknya memperoleh hasil imej imbasan yang meragukan terhadap kontena yang dipercayai dari luar negara itu.
"Modus operandi kes itu didapati mengikrar kontena tersebut sebagai barang dagangan lain bagi mengaburi pihak berkuasa," katanya pada sidang media di pelabuhan berkenaan hari ini.
Menurut Julaiman, tiada sebarang tangkapan dilakukan setakat ini dan kes sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967.
Beliau menyeru orang awam memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan menerusi talian bebas tol kastam 1-800-88-8855 atau pejabat JKDM terdekat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kastam rampas
#minuman keras dirampas
#cukai
#Pelabuhan Sepanggar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan