awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kastam tumpas cubaan seludup 150 kg ganja lebiih RM600,000

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
28/08/2023
06:55 MYT
Kastam tumpas cubaan seludup 150 kg ganja lebiih RM600,000
Ismail berkata rampasan itu dilakukan menerusi satu serbuan kira-kira 7.50 pagi terhadap sebuah bot fiber yang ditinggalkan berdekatan jeti nelayan Kampung Bahagia, Kuala Perlis. - Gambar/ Astro AWANI
KUALA PERLIS: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menumpaskan cubaan menyeludup masuk 150 kilogram (kg) dadah jenis ganja dengan nilai pasaran dianggar berjumlah RM649,300 pada Rabu lepas.
Pengarah JKDM, Ismail Hashim berkata rampasan itu dilakukan menerusi satu serbuan kira-kira 7.50 pagi terhadap sebuah bot fiber berwarna hijau kuning tanpa nombor pendaftaran yang ditinggalkan berdekatan jeti nelayan Kampung Bahagia, Kuala Perlis.
"Hasil pemeriksaan terhadap bot berkenaan, pihak kastam menjumpai tujuh kotak kertas yang dibungkus dengan plastik hitam disembunyikan pada ruang khas lantai bot terbabit.
"Pemeriksaan lanjut terhadap kotak itu, kastam menemukan 150 bungkusan ketulan ganja mampat dengan anggaran berat 150 kg," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata dadah itu dianggarkan bernilai RM649,000 dan boleh digunakan untuk 750,000 penagih dipercayai bagi pengedaran di sekitar utara negara.
Katanya, turut disita bot dan satu unit enjin sangkut dianggarkan bernilai RM40,000.
Ismail berkata kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Katanya, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa penyeludup menggunakan khidmat tonto untuk memeriksa keberadaan pihak berkuasa bagi mengelakkan daripada ditangkap.
"Pada risikan awal, kastam mendapati sebuah bot dikemudi oleh seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan telah memasuki perairan negara, namun suspek telah meloloskan diri.
"Kami tunggu selama 30 minit, namun tiada kelibat suspek di kawasan berhampiran," katanya.
Topic Berkaitan
#JKDM
#sindiket dadah
#seludup ganja
#Perlis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan