Para pengusaha restoran dan hotel diseru mengelakkan hidangan sirip ikan yu dalam menu masing-masing bagi memastikan sumber ikan yu terus ada di perairan laut negara ini.
Ia selaras dengan pelancaran kempen besar-besaran Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani iaitu "Kempen Tak Nak Sirip Ikan Yu" yang dirasmikan oleh menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di ibu negara semalam.
Antara lain, kempen itu bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap usaha pemeliharaan ikan yu.
Sebagai menunjukkan komitmen kerajaan, mesyuarat jemaah menteri pada 21 Mei lalu turut bersetuju mengharamkan sajian sup ikan yu dalam semua acara rasmi kerajaan.
"Kita nak tingkat kesedaran bahawa untuk makan sirip ikan yu kita terpaksa membunuh ikan yu berkenaan dengan begitu kejam untuk mendapatkan siripnya.
"Ikan itu apabila ditangkap akan dipotong siripnya dan dicampak ke laut tidak kira sama ada masih hidup atau tidak," kata Ismail Sabri pada sidang media selepas merasmikan majlis pelancaran Kempen Tak Nak Sirip Ikan Yu di ibu negara.
Tegas Ismail Sabri, walaupun aktiviti "shark-finning" atau perbuatan mengambil sirip ikan yu tidak berlaku di negara ini namun aktiviti perdagangan produk berkenaan masih giat dijalankan.
Pada tahun 2012, sebanyak 1,894 tan metrik produk ikan yu yang diimport ke negara ini dengan nilai sebanyak RM19.5 juta.
"Walaupun kita tidak ada 'shark-finning', kita tidak tangkap ikan yu dan potong siripnya, tetapi kita mengimport 1,894 metrik tan ikan yu setahun, seolah-olah kita menyokong perbuatan membunuh ikan yu biarpun dilakukan di tempat lain.
"Jadi sekiranya kita dapat kurangkan pemakanan sirip ikan yu pastinya import akan berkurangan kerana permintaan menurun." katanya.
Menjelas lanjut, sasaran utama aktiviti menangkap ikan di negara ini bukanlah spesies ikan yu sebaliknya ia ditangkap bersama dengan spesies-spesies ikan komersial lain sebagai tangkapan sampingan (by catch) dengan menggunakan pukat tunda, pukat hanyut dan juga pancing.
Seluruh bahagian ikan yu yang ditangkap digunakan sepenuhnya sama ada sebagai makanan atau diproses untuk kegunaan lain.
Pada majlis itu, Ismail Sabri turut melancarkan buku pelan tindakan pemuliharaan dan pengurusan ikan yu kebangsaan yang menyediakan garis panduan dalam memastikan spesis tersebut tidak diancam kepupusan.
Di seluruh dunia, lebih 100 juta daripada ikan yu yang dibunuh setiap tahun adalah untuk tujuan mengambil siripnya.
Penangkapan ikan yu secara tidak terkawal dan aktiviti memotong siripnya yang bernilai tinggi terus mengancam populasi spesies ikan itu.
Hakikatnya sup sirip yu, yang dikaitkan dengan status dan tradisi masyarakat Cina, sebenarnya tidak mempunyai nilai nutrisi mahupun perubatan.
Sebaliknya menurut Ketua Pengarah Aquawalk Shd Bhd (Aquaria KLCC) Datuk Simon Foong, ia lebih melambangkan status kemewahan seseorang kerana dilihat mampu membelanjakan wang yang banyak untuk semangkuk sup sirip ikan yu.
"Pertamanya, sirip ikan tidak bagus untuk kesihatan kerana mempunyai kandungan merkuri yang tinggi yang kekal dalam badan manusia.
"Pemakanan sirip ikan yu yang banyak juga meningkatkan harga produk itu, sekali gus menyebabkan aktiviti mengambil sirip ikan yu sesuatu yang disifatkan sebagai lumayan.
"Namun sekiranya tiada permintaan sirip ikan yu ini maka tidak akan ada bekalan." kata Simon.
Pihaknya juga berjaya mengumpul 60,000 tandatangan ikrar daripada pihak awam, badan bukan kerajaan (NGO), sekolah dan hotel bagi menyokong usaha kempen berkenaan dengan tidak menghidang serta mengambil produk ikan yu.
Pada masa ini, 27 buah negara dan Kesatuan Eropah telah mengharamkan kegiatan "shark-finning" dan tidak membenarkan aktiviti perdagangan produk berkenaan. Beberapa negara di dunia juga telah mengambil tindakan proaktif dalam menangani kemerosotan populasi ikan yu dengan mengharamkan sajian sup sirip ikan yu dalam semua majlis rasmi.
Larangan itu terbukti berjaya mengurangkan sebanyak 30% permintaan terhadap sup sirip ikan yu sekaligus memberi impak besar kepada masyarakat dunia.
Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia merupakan antara negara terkaya dengan kepelbagaian spesies ikan yu.
Namun berdasarkan hasil kajian daripada 63 spesies ikan yu di Malaysia hampir 10 daripadanya semakin pupus.
Tan Su Lin
Sat Oct 04 2014
Para pengusaha restoran dan hotel diseru mengelakkan hidangan sirip ikan yu dalam menu bagi memastikan sumber ikan yu terus ada. -Foto Tan Su Lin
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Katakan 'tak nak' sirip ikan yu
Para pengusaha restoran dan hotel diseru mengelakkan hidangan sirip ikan yu dalam menu masing-masing bagi memastikan sumber ikan yu terus ada di perairan laut negara ini.