Mana-mana pihak boleh berkata apa sahaja termasuk mengutuk atau memuji kempen #MansuhAktaHasutan yang dianjurkan Jawatankuasa Peguam Muda Kebangsaan di bawah Majlis Peguam.
Pengerusi Jawatankuasa Peguam Muda Kebangsaan, Syahredzan Johan berkata, semua pihak juga boleh membawa kempen mereka sendiri dan meyakinkan pengikut masing-masing mengenai hala tuju Akta Hasutan 1948.
"Ini demokrasi. Mereka ada hak untuk bawa kempen mereka dan untuk cuba meyakinkan orang supaya Akta Hasutan dikekalkan. Tidak ada masalah dengan apa yang mereka hendak bawa, walaupun kami tak setuju dengan apa yang mereka kata," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Syahredzan mengulas, kenyataan Fasilitator Gerakan Warganegara mempertahankan Akta Hasutan 1948, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang hairan melihat kempen Mansuh Akta Hasutan yang dianggotai Badan Peguam tidak berjalan secara agresif seperti modus operandi mereka ketika mendesak pemansuhan ISA sebelum ini.
Laman sosial Facebook Gerakan Mansuh Akta Hasutan dan Gerakan Warganegara mempertahankan Akta Hasutan 1948 - Gambar Facebook
Mohd Khairul menegaskan, ia berkemungkinan Badan Peguam tidak melihat kempen Mansuh Akta Hasutan sebagai bukan fokus utama buat masa ini kerana isu politik lain yang lebih penting.
Dalam pada itu jelas Syahredzan, kempen itu adalah kempen jangka masa panjang dan bukan kempen pendek.
"Sejak kempen #MansuhAktaHasutan dilancarkan awal bulan ini, Jawatankuasa Peguam Muda Kebangsaan telahpun menjalankan beberapa aktiviti-akviti.
"Antaranya, kempen mendapatkan tandatangan sokongan untuk memansuhkan Akta Hasutan, penerangan yang dijalankan buat para wartawan tentang hak-hak mereka dan Akta Hasutan, latihan untuk peguam muda dalam memahami Akta Hasutan supaya mereka dapat mewakili mereka yang dituduh dan disiasat di bawah Akta tersebut.
"Ini baru beberapa minggu, dan kami akan terus giat menjalankan kempen di masa hadapan. Jadi tuduhan bahawa kami tidak giat adalah tidak benar sama sekali," ujarnya.
Tegasnya, pihak Badan Peguam juga tidak mempunyai laman Facebook yang khusus untuk kempen ini selain menyifatkan laman 'Mansuh Akta Hasutan' bukan dikendalikan pihaknya.
Astro Awani
Tue Sep 23 2014
SYAHREDZAN: Katalah apa sahaja mengenai kempen #MansuhAktaHasutan - Gambar fail
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MTVET: Keperluan suruhanjaya, akta khusus untuk pantau keberkesanan - Pakar
Majlis TVET Negara diharapkan dapat membawa kepada penubuhan Suruhanjaya TVET Negara dalam masa terdekat yang akan memantau segala aktiviti bidang tersebut dan menubuhkan akta-akta berkaitan.
Akta Media Sosial perlu dinamik, merentas masa - Pakar
Akta-akta sedia ada boleh dimanfaatkan untuk mengawal penggunaan media sosial dalam kalangan kanak-kanak.
Isu 3R: Kerajaan adakan perbincangan dengan pelbagai pihak Jumaat ini
Perbincangan itu bertujuan menangani pihak tertentu yang sengaja mencetuskan provokasi melampau mengenai isu berkenaan.
Agong perkenan 14 akta diluluskan Parlimen
Ini termasuk Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti.
Kaum lelaki mangsa keganasan rumah tangga dilindungi undang-undang
Sesiapapun mangsa, tidak kira wanita atau lelaki, mempunyai hak untuk dilindungi seperti termaktub dalam Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521).
Gubal segera akta berkaitan ketum
Negara memiliki pokok ketum berkualiti tinggi, namun manfaat herba berkenaan dibolot negara jiran, iaitu Thailand.
Perkenalkan pilihan raya pecat wakil rakyat lompat parti - Azalina
Kerajaan digesa mempertimbangkan pilihan raya bagi memecat wakil rakyat atau recall election bagi menghalang mereka yang lompat parti, kata Datuk Seri Azalina Othman Said.
Jangan terpedaya gimik jualan murah produk di internet - MCMC
Produk yang dijual juga tidak tertakluk kepada akta dalam negara selain sesetengah daripadanya mempunyai kecenderungan untuk menyerupai produk berjenama.
SPRM syor wujudkan akta wajib isytihar harta
Sehingga kini, tiada sebarang hukuman jelas boleh diambil terhadap mereka yang tidak mengisytiharkan harta.
Gubal akta anti lompat parti perlu sokongan dua pertiga - Takiyuddin
Takiyuddin menjelaskan, sekiranya perkara berkenaan tidak dipinda, ia boleh dicabar oleh mana mana pihak di mahkamah.