PADANG BESAR: Kawasan sempadan Malaysia-Thailand di sekitar Bukit Wang Burma, Wang Kelian dekat sini yang pernah digemparkan dengan penemuan kem serta kubur berkaitan isu pemerdagangan manusia pada 2015 sentiasa berada dalam pemantauan polis dari semasa ke semasa.
Ketua Polis Perlis Datuk Muhammad Abdul Halim berkata pihak Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasukan 69 Komando melakukan rondaan berjalan kaki berterusan secara berkala di kawasan itu untuk memastikan tiada lagi aktiviti kemasukan pendatang tanpa izin.
"Setakat ini daripada pelaporan yang kita dapat, tidak ada lagilah kesan-kesan baharu tentang wujudnya kem-kem pendatang tanpa izin di garisan sempadan," katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan sekitar Bukit Wang Burma semalam.
Tinjauan berkenaan turut disertai wakil media, dengan menelusuri laluan hutan dan berbukit untuk sampai ke kawasan satu daripada bekas tapak kem lama itu yang mengambil masa lebih tiga jam dari Pos PGA Simpang Lima dekat sini, sejauh kira-kira empat kilometer.
Hasil pemerhatian Bernama mendapati masih terdapat kesan peninggalan lama di kawasan sekitar antaranya bekas beras, makanan, talam, baju, kanvas dan tin minuman.
Pada 2015, Ketua Polis Negara pada masa itu Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penemuan 139 kubur serta kem berkaitan isu pemerdagangan manusia dalam kawasan sempadan Malaysia-Thailand itu.
Susulan itu, pada 2019, Menteri Dalam Negeri ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan sebagai berkata kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat kes penyeludupan manusia di Wang Kelian itu secara mendalam.
Muhammad berkata kawasan tinjauan di satu daripada bekas tapak kem lama itu merupakan kem yang agak besar daripada keseluruhan 27 kem yang aktif dipercayai digunakan penyeludup untuk membawa masuk pendatang tanpa izin pada ketika itu menggunakan beberapa laluan dari kawasan sempadan berkenaan.
"Apa yang kita dapati hari ini (semalam) ialah tinggalan oleh pendatang tanpa izin pada masa dahulu, dan kita dapati masa kita nak naik tadi pun, kita dapati laluan yang kita gunakan itu pun telah ditumbuhi semak-samun untuk sampai ke puncak ini," katanya.
Sementara itu, Muhammad berkata modus operandi kegiatan penyeludupan pendatang tanpa izin ke negara ini melalui sempadan negeri itu kini dipercayai lebih tertumpu menggunakan laluan berpagar yang dipotong dan melalui ejen ataupun 'transporter' tersusun yang menggunakan khidmat orang tempatan.
Beliau berkata berdasarkan soal siasat pihaknya mendapati nilai kos yang terpaksa dibayar pendatang tanpa izin bagi kegiatan berkenaan dipercayai agak tinggi iaitu kira-kira RM5,000 seorang untuk mereka sampai di kawasan dijanjikan.
Dalam pada itu, beliau berkata rondaan PGA dan pasukan 69 Komando di kawasan sempadan Malaysia-Thailand itu juga untuk melindungi khazanah hutan yang terdapat di Perlis supaya tidak diceroboh sewenang-wenangnya.
"...di kawasan hutan simpan di Perlis ini (dipercayai) menjadi sasaran kepada pemburu haram termasuk mencari gaharu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 03 2024
Anggota PGA berkawal di kem terbiar yang ditemukan di Bukit Wang Burma di sempadan Malaysia-Thailand di luar Wang Kelian, 26 Mei 2015. -Gambar fail/AP
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
Houthi Yaman serang dua kapal pemusnah AS
Houthi berjaya menyasarkan serangan terhadap dua kapal pemusnah AS dan kapal CYCLADES di Laut Merah serta MSC Orion di Lautan Hindi pada awal Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Pendakwa raya ICC temu bual kakitangan hospital di Gaza
Pendakwa raya dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah menemu bual kakitangan dari dua hospital terbesar di Gaza.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Israel menyuarakan kebimbangan bahawa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bersiap sedia untuk mengeluarkan waran tangkap bagi pegawainya atas tuduhan berkaitan dengan pengendalian perang terhadap Hamas.
Liputan Haji: Bakal fokus kepada cabaran dan kebajikan jemaah wanita
Bagi petugas media mewakili Astro AWANI, untuk tahun ini, musim 1445 hijrah, yang terpilih ialah Editor dan Penerbit Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah dan Azlinda Salim bersama 12 yang lain daripada agensi media.
IMF lulus pembiayaan dana AS$1.1 bilion kepada Pakistan
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Isnin meluluskan pembiayaan segera dana bantuan bernilai US$1.1 bilion kepada Pakistan.
Laporan Bank Dunia perlu dipandang serius
Laporan Bank Dunia yang memberi gambaran membimbangkan berkenaan sistem pendidikan Malaysia perlu diambil serius.
[TERKINI] CEO Microsoft dijadual bertemu Anwar pada Khamis
Lawatan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft Satya Nadella ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Kastam Perlis tahan pemandu pelancong, rampas 'ganja belacan'
Ismail berkata, suspek turut dibayar RM5,000 untuk tugasan berkenaan oleh sindiket.
Kes pemerdagangan manusia Wang Kelian: Warga Thailand diekstradisi selepas jalani hukuman penjara di Thailand
Mereka didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.
Kubur Wang Kelian: Empat warga Thailand dihadap ke mahkamah esok - Saifuddin
Semua individu itu kini berada di Malaysia berikutan perintah Mahkamah Rayuan Thailand yang memerintahkan mereka diserahkan kepada Malaysia pada 22 Jun 2023.
Penduduk gesa Kerajaan Perlis segera buka Arked Wang Kelian
Penduduk Wang Kelian menggesa kerajaan Perlis segera membuka operasi Arked Niaga Wang Kelian sebagai usaha menghidupkan semula kegiatan ekonomi di pekan sempadan itu.
Warga Thailand didakwa di mahkamah, terlibat kes penyeludupan manusia
Tertuduh didakwa telah menjalankan aktiviti penyeludupan seorang migran warga Myanmar di Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Perlis.
Kuih bakul ubat kerinduan kepada mendiang ibu
Dengan membuat kuih bakul, Chang dapat melepaskan kerinduan terhadap ibunya yang meninggal dunia 10 tahun lepas.
225 rakyat Malaysia terkandas di selatan Thailand dibenarkan pulang
Dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19, bermula 23 Mac Thailand menutup semua sembilan pintu sempadannya dengan Malaysia sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan.
Lanjut tempoh operasi ICQS Padang Besar rancakkan aktiviti ekonomi - Exco Perlis
Oleh kerana kedua-dua negara mempunyai sempadan bersama, kesalinghubungan yang kukuh akan meningkatkan usaha ke arah perindustrian dan mempercepatkan proses pertumbuhan ekonomi kedua-dua negara.
Zon aliran bebas di Wang Kelian tidak akan dilaksanakan semula - Muhyiddin
Kerajaan akan menghentikan terus kemudahan keluar masuk di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Wang Kelian yang dilaksanakan sejak 1 April 2015.
RCI Wang Kelian: Akaun bank rakyat Malaysia dikesan - Saksi
Seorang saksi hari ini mendedahkan wujudnya nombor akaun bank warga tempatan dalam bentuk dokumen yang dijumpai di kem pendatang tanpa izin (PATI) di Bukit Wang Burma pada 2015.