awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lanjut tempoh operasi ICQS Padang Besar rancakkan aktiviti ekonomi - Exco Perlis

Bernama
Bernama
19/10/2019
23:22 MYT
Lanjut tempoh operasi ICQS Padang Besar rancakkan aktiviti ekonomi - Exco Perlis
Ketika ini, operasi ICQS di Padang Besar bermula dari pukul 6.00 pagi dan berakhir pada pukul 10.00 malam, manakala di Wang Kelian operasinya bermula dari pukul 7.00 pagi sehingga pukul 7.00 malam. - BERNAMA
Kerajaan Pusat disaran melanjutkan tempoh operasi di pintu sempadan di Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar sama seperti di Bukit Kayu Hitam, Kedah bagi merancakkan aktiviti ekonomi di kawasan itu.
Pengerusi Jawatankuasa Hubungan dan Kerjasama Sempadan Perlis Ruzaini Rais berkata ketika ini operasi ICQS di Padang Besar bermula dari pukul 6.00 pagi dan berakhir pada pukul 10.00 malam, manakala di Wang Kelian operasinya bermula dari pukul 7.00 pagi sehingga pukul 7.00 malam.
"Apabila ICQS ini boleh dilanjutkan tempoh operasinya, ia sekali gus akan merancakkan aktiviti ekonomi di kawasan Padang Besar yang memberi manfaat kepada penduduk sekitar," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.
Sebelum ini Bernama melaporkan ICQS Bukit Kayu Hitam dan CIQ Sadao di Thailand mula beroperasi selama 24 jam bermula 18 Jun lepas.
Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya dipetik sebagai berkata oleh kerana kedua-dua negara mempunyai sempadan bersama, kesalinghubungan yang kukuh akan meningkatkan usaha ke arah perindustrian dan mempercepatkan proses pertumbuhan ekonomi kedua-dua negara.
Sementara itu Ruzaini turut merayu kepada Kerajaan Pusat untuk mempertimbangkan semula cadangan Kerajaan Perlis untuk membuka semula Zon Aliran Bebas antara Wang Kelian di Malaysia dan Wang Prachan di Thailand.
Sebelum ini Kerajaan Pusat telah menghentikan terus kemudahan keluar masuk di ICQS Wang Kelian sejak 1 April 2015.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ekonomi
#Exco
#ICQS
#kemudahan keluar masuk
#Kompleks Kastam Imigresen Kuarantin dan Keselamatan
#Malaysia
#padang besar
#Perlis
#Ruzaini Rais
#Thailand
#Wang Kelian
#Wang Prachan
#Zon Aliran Bebas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan