awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kubur Wang Kelian: Empat warga Thailand dihadap ke mahkamah esok - Saifuddin

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
22/06/2023
08:45 MYT
Kubur Wang Kelian: Empat warga Thailand dihadap ke mahkamah esok - Saifuddin
Pada Mei 2015, Malaysia dikejutkan dengan penemuan kem dan kubur di Wang Kelian, Perlis yang telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat dari dalam dan luar negara. -Gambar fail/AP
KUALA LUMPUR: Empat individu warga Thailand yang diekstradisi ke Malaysia susulan kes penemuan kem dan kubur di Wang Kelian, Perlis akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kangar pada 23 Jun 2023 bagi tujuan pertuduhan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, semua individu itu kini berada di Malaysia berikutan perintah Mahkamah Rayuan Thailand yang memerintahkan mereka diserahkan kepada Malaysia pada 22 Jun 2023.
Menurutnya, kerajaan merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Thailand dan semua pihak terlibat dalam memastikan proses ekstradisi bagi kes Wang Kelian berjalan lancar.
“Kerajaan Malaysia juga berharap kerjasama ini dapat diteruskan bagi menjejaki individu-individu lain yang terlibat untuk dihadapkan ke muka pengadilan.
“Kementerian Dalam Negeri sentiasa komited dalam menjaga keselamatan sempadan Negara dan memandang serius isu-isu jenayah rentas sempadan, khususnya jenayah pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran.
“Usaha berterusan melalui operasi bersepadu oleh agensi-agensi penguatkuasaan sentiasa dititikberatkan demi menjaga keselamatan dan kedaulatan negara,” katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.
Tambahnya, pada Mei 2015, Malaysia telah dikejutkan dengan penemuan kem dan kubur di Wang Kelian, Perlis yang telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat dari dalam dan luar negara.
Susulan kejadian, Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand telah menjalankan siasatan untuk mengesan dan mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab.
“Hasil siasatan yang dijalankan, Kerajaan Malaysia telah mengemukakan permintaan ekstradisi kepada Kerajaan Thailand ke atas 10 individu warganegara Thailand pada 6 Januari 2017.
“Sepanjang tempoh lebih enam tahun ini, Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand telah berusaha untuk mengesan kesemua individu tersebut bagi melaksanakan proses ekstradisi.
“Hasil kerjasama baik di antara kedua-dua negara, empat daripada 10 individu telah berjaya dikesan dan dihadapkan ke mahkamah Thailand bagi tujuan ekstradisi,” menurut kenyataan itu.
Kes ekstradisi itu telah berjalan di pelbagai peringkat mahkamah di Thailand, dan Mahkamah Rayuan Thailand pada 30 Mac 2023 akhirnya telah mengeluarkan perintah penahanan ke atas keempat-empat individu tersebut untuk diserahkan kepada Malaysia.
Topic Berkaitan
#Wang Kelian
#Saifuddin Nasution
#Thailand
#kubur besar dan kem
#perintah ekstradisi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan