awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jika majoriti DUN terjejas, Undang-Undang Tubuh Perlis 'buka laluan' PRK
Negara-negara Arab kecam pengiktirafan Israel terhadap 'Somaliland'
Krisis politik Perlis: "Jangan curah minyak ke api yang menyala" - Shahidan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KBS batal sambutan Hari Sukan Negara 2020

Bernama
Bernama
08/11/2020
08:48 MYT
KBS batal sambutan Hari Sukan Negara 2020
Antara aktiviti dalam sambutan Hari Sukan Negara sebelum ini. -Gambar fail
PUTRAJAYA:Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2020 dibatalkan berikutan peningkatan jumlah kes COVID-19 di seluruh negara, kata Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
KBS dalam kenyataan hari ini menyebut bahawa keputusan untuk membatalkan HSN 2020 merupakan langkah berjaga-jaga kementerian untuk mengelak risiko penyebaran COVID-19 dalam kalangan masyarakat dan demi memelihara kesejahteraan serta keselamatan semua pihak.
BACA: Peningkatan kes COVID-19: Sambutan Hari Sukan Negara 2020 ditangguh
"Ini adalah selaras dengan kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pada 2 Okt lepas berkenaan penangguhan sambutan tersebut dengan mengambil kira situasi peningkatan jumlah kes COVID-19 pada awal bulan Oktober lalu," katanya.
Pada masa sama, kenyataan itu mengingatkan semua penggiat sukan untuk kekal sihat dan aktif selain sentiasa menjaga diri serta mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan KBS, Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan dan peraturan pihak berkuasa tempatan berkaitan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Sukan Negara
#HSN 2020
#COVID-19
#KBS
#pencegahan
#Reezal Merican Naina Merican
#MKN
#KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan