KUALA LUMPUR : Kementerian Belia dan Sukan akan bekerjasama dengan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) susulan kes positif COVID-19 melibatkan 20 individu daripada pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC).
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, apa yang penting ketika ini adalah untuk memastikan perlawanan dapat diteruskan dalam keadaan kawalan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
“KBS dan MFL akan bekerjasama rapat memantau perkara ini dengan teliti untuk memastikan kelonggaran yang diberikan bagi mengadakan perlawanan bersama kehadiran penonton di stadium mesti mematuhi SOP.
“Apabila berlaku sesuatu kes (COVID-19) kita perlu mengikut SOP yang telah dipersetujui secara bersama oleh semua pasukan terlibat di dalam MFL termasuk kesemua fasiliti sukan yang terlibat,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Sabtu.
Ujar Ahmad Faizal, apa yang lebih membimbangkan adalah risiko jangkitan terhadap kesemua pemain apabila berlakunya kes positif COVID-19.
Bagaimanapun, langkah pencegahan perlu berada pada tahap yang terbaik terutamanya apabila ia melibatkan kehadiran penonton di stadium.
Mengikut rekod, NSFC mencatatkan rekod pemain paling ramai dijangkiti COVID-19 sekali gus menyebabkan pasukan terbabit tidak dapat beraksi pada baki perlawanan Piala Malaysia.
Sebelum ini, MFL terpaksa menunda beberapa perlawanan Liga Super apabila terdapat pemain disahkan dijangkiti COVID-19 berkenaan.
Hilmi Malik
Sat Oct 23 2021
Ahmad Faizal berkata, KBS berharap agar perlawanan Piala Malaysia dapat diteruskan dalam suasana pematuhan SOP yang ketat. - Gambar fail
Filem baharu Mawi kupas kisah penyakit misteri Ustaz Kazim
Semasa penggambaram filem Zim Zim Ala Kazim, penyakit misteri Ustaz Kazim datang balik, darah keluar dari kulit badan penceramah itu.
Tiada bekalan perubatan diterima di Gaza selama 10 hari - WHO
Penutupan lintasan Rafah ke Gaza oleh Israel telah menyebabkan "situasi yang sukar."
[TERKINI] Tujuh individu direman di IPD Seri Alam
Tujuh individu, termasuk lima ahli keluarga suspek, akan direman di IPD Seri Alam bagi membantu siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram. Dua anggota polis maut dalam kejadian tersebut.
[TERKINI] Penyerang tiada agenda besar, bertindak sendirian – Saifuddin
Suspek utama yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram di sini pada Jumaat, hingga menyebabkan kematian dua anggota polis, didapati tidak mempunyai motif atau agenda yang lebih besar, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Ibu bapa menabung bolehkan 8 sekeluarga tunai haji bersama
Bagi musim haji 1445H/2024M, kehadiran lapan sekeluarga termasuk lima beradik mendapat rezeki mengerjakan haji serentak disumbang hasil perancangan serta simpanan wang selama lebih 18 tahun oleh ibu bapa mereka, yang berhajat mahukan semua anaknya menunaikan haji di usia muda.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 7 individu termasuk warga Singapura direman 7 hari
Tujuh individu yang dipercayai terlibat dalam insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram, direman selama tujuh hari hingga 24 Mei.
Mohd Khairul Ridzuan azam bantu lebih ramai mualaf buang tatu
Tujuan Mohd Khairul Ridzuan ialah untuk bantu golongan mualaf beribadah dengan lebih baik, yakin dan bersemangat.
Jemaah haji diminta jaga tanda pengenalan diri semasa di Tanah Suci
Jemaah haji Malaysia diingatkan supaya sentiasa menjaga tanda pengenalan yang diberikan oleh Lembaga Tabung Haji sepanjang di Tanah Suci.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah dua anggota dituntut keluarga
Jenazah Ahmad Azza dan Muhamad Syafiq dibawa ke Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, IPK Johor untuk disembahyangkan dan diberi penghormatan terakhir.
[TERKINI] Sidang media KDN berhubung serangan balai polis
Ikuti sidang media Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pasca serangan balai polis yang berlaku pada Jumaat.
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan bermula tahun ini - Abang Johari
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan dimulakan tahun ini dengan tumpuan utama untuk melaksanakan fasa kedua PCDS 2030.
Kerajaan jamin sediakan rawatan kesan sampingan vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca - Dzulkefly
Kerajaan memberi jaminan akan menyediakan rawatan susulan bagi penerima vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca yang terbukti mengalami kesan sampingan.
KKM keluar kenyataan berkaitan vaksin AstraZeneca dalam masa terdekat
KKM akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu penarikan balik vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca dalam masa terdekat.
Isu tunggakan cetakan MyKid bakal selesai Julai ini - JPN
Isu cetakan MyKid yang tertunggak akibat masalah perolehan bekalan mikrocip semasa pandemik COVID-19 lalu dijangka dapat diselesaikan pada Julai ini secara berperingkat di seluruh negara.
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".