awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KBS perkukuh budaya hidup sihat menerusi Malaysia Aktif

Bernama
Bernama
20/09/2025
12:30 MYT
KBS perkukuh budaya hidup sihat menerusi Malaysia Aktif
Adam Adli berkata program itu merupakan kesinambungan daripada Fit Malaysia yang juga satu daripada flagship kementerian dengan wajah baharu bagi memastikan penyertaan rakyat kekal aktif bersukan. - Gambar fail/Bernama
MELAKA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terus memperkukuh usaha membudayakan sukan menerusi program Malaysia Aktif sebagai platform nasional bagi menggalakkan budaya hidup sihat dalam kalangan rakyat di seluruh negara.
Timbalan Menteri berkenaan Adam Adli Abdul Halim berkata program itu merupakan kesinambungan daripada Fit Malaysia yang juga satu daripada flagship kementerian dengan wajah baharu bagi memastikan penyertaan rakyat kekal aktif bersukan.
"Malaysia Aktif ialah jenama terbuka yang boleh dianjurkan pada pelbagai peringkat, sama ada komuniti mahupun persatuan, dengan sokongan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) negeri.
"Pelaksanaannya tidak terhad kepada penganjuran berskala besar sahaja, malah boleh dilaksanakan di kawasan perumahan atau kampung bagi memberikan ruang kepada semua lapisan masyarakat membudayakan gaya hidup sihat melalui sukan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Terdahulu, beliau merasmikan Malaysia Aktif Melaka 2025@Parlimen Hang Tuah Jaya di Ayer Keroh yang turut dihadiri Pengarah JBS Melaka Zailani Siran.
Adam Adli berkata program itu merekodkan penyertaan 800 peserta bagi acara Fun Run dan Fun Walk, manakala jumlah keseluruhan kehadiran dianggarkan mencecah 2,500 orang.
Antara pengisian lain ialah aktiviti pickleball, sukan tradisional seperti dam aji dan konda kondi, selain aktiviti lasak seperti memanjat tembok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KBS
#Parlimen
#Malaysia Aktif
#sukan tradisional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan