awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KBS Sabah beri komitmen ganti kemudahan peralatan sukan 'uzur'

Bernama
Bernama
13/08/2024
20:00 MYT
KBS Sabah beri komitmen ganti kemudahan peralatan sukan 'uzur'
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah memberikan komitmen untuk menambah baik dan seterusnya menggantikan kemudahan peralatan sukan yang 'uzur', kata menterinya, Ellron Angin. - Gambar fail/FB Ellron Angin
KOTA KINABALU: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah memberikan komitmen untuk menambah baik dan seterusnya menggantikan kemudahan peralatan sukan yang 'uzur', kata menterinya, Datuk Ellron Angin.
Beliau berkata, pihaknya sangat responsif mengenai keadaan itu dan optimis mengambil inisiatif dalam usaha untuk menyelesaikan masalah berkenaan.
"Datang berbincang dengan kami. Kita akan usaha untuk mengganti semampu yang boleh termasuk (kemudahan peralatan sukan) untuk sukan yang lain bukan gimnastik sahaja.
"Kita bekerja sebagai satu pasukan, datang berbincang dan beritahu (kemudahan peralatan sukan) ini rosak, mungkin kita boleh buat sesuatu," katanya dalam sidang media, di sini, pada Selasa.
Baru-baru ini, Bernama melaporkan semangat gimnas Sabah tetap membara dalam usaha mereka membawa pulang pingat buat kontinjen negeri ke Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 meskipun berdepan kekangan kemudahan peralatan sukan yang 'uzur' mencecah lebih 20 tahun khususnya di Dewan Gimnastik, Kompleks Sukan Likas.
Ellron berkata, kementerian memahami tentang keperluan penyediaan kemudahan peralatan sukan lebih baik untuk atlet Sabah menjalani sesi latihan demi menjamin keselamatan.
"Kemudahan itu mesti disesuaikan dengan sukan tertentu. Ada kemudahan sukan untuk semua tetapi ada juga kemudahan secara spesifik untuk sukan tertentu. Ini sepatutnya kita tangani bersama kerana ia adalah keperluan.
"Kalau tidak ada kemudahan ini, sukar untuk kita memajukan sukan dan memajukan prestasi atlet-atlet kita. Hari ini kita nampak dengan kemudahan yang canggih, kita boleh mempertingkatkan prestasi atlet. Itu kita tidak nafikan. Ini satu keperluan bukan pilihan," jelasnya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#KBS Sabah
#peralatan sukan 'uzur'
#Ellron Angin
#Kementerian Belia dan Sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan