ALOR SETAR: Pengurusan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dijangka memberikan penjelasan berhubung beberapa perkara yang melanda kelab itu, minggu depan.
Pemilik majoriti kelab Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar berkata pihaknya dalam pertimbangan untuk mengadakan sidang media bagi menjawab segala persoalan berhubung kemelut yang melanda kelab berkenaan.
"Nanti tunggu awal minggu depan... dalam pertimbangan (adakan sidang media)," katanya ringkas ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau diminta mengulas laporan media Selasa lepas yang menyebut Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) tidak menolak kemungkinan hanya 12 pasukan akan beraksi dalam saingan Liga Super musim ini.
Menurut laporan itu, ia selepas status Kedah KDA FC masih menjadi tanda tanya kerana masih belum dapat menyelesaikan masalah tunggakan gaji yang membelenggu pasukan itu musim lepas.
Sementara itu, KDA FC dalam hantaran di laman rasmi Facebook semalam memaklumkan kelab berkenaan telah menerima surat pengesahan daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada 9 April, memaklumkan sekatan perpindahan pemain yang dikenakan pada 4 Mac 2024 telah ditarik balik.
Dengan pengesahan tersebut ia membolehkan pihak kelab membuat pendaftaran pemain baharu bagi saingan musim 2024/2025.
Sebelum ini, media melaporkan KDA FC tidak boleh mendaftar pemain baharu dalam sainganLiga Malaysia musim ini sehingga FIFA menarik semula sekatan perpindahan pemain terhadap kelab itu.
Sekatan oleh FIFA itu melibatkan tuntutan bekas pemain import pasukan Kedah pada musim 2020 dan 2021 yang bersangkutan dengan rekod cukai pendapatan tertunggak pemain import bagi tahun berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 11 2024
Status Kedah KDA FC masih menjadi tanda tanya kerana masih belum dapat menyelesaikan masalah tunggakan gaji yang membelenggu pasukan itu musim lepas.
Ketua Pembangkang Kelantan kesal, Exco pesong fakta
Ketua Pembangkang DUN Kelantan, kesal apabila Exco Kerajaan memesongkan fakta berkaitan pemberian geran membantu menyelesaikan masalah air di negeri itu.
Mahasiswa sertai perhimpunan isu bekalan air akan diberi amaran
Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Kasim Mansor berkata pihaknya tidak pernah menyokong sebarang usaha oleh mana-mana kumpulan pelajar universiti yang mahu mengadakan perhimpunan di tempat awam bagi sebarang kempen atau protes terhadap isu air mahupun apa-apa jua isu semasa tempatan.
Paris perketat keselamatan semasa lawatan Biden acara ulang tahun D-Day
Biden akan menyertai acara memperingati ulang tahun ke-80 Pendaratan Normandy dan mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Perancis.
Sarawak tidak ambil hak orang lain - Abang Johari
Sarawak tidak akan mengambil hak orang lain dalam usaha untuk memajukan negeri itu, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Isu pemilikan tanah Orang Asli akan dibawa ke Persekutuan
Usul pindaan kebajikan Orang Asli ke dalam Senarai Bersama antara kerajaan Persekutuan dan negeri akan dibawa bagi menyelesaikan pelbagai permasalahan berkaitan pengurusan tanah dan hal ehwal ekonomi masyarakat itu.
Negeri Sembilan capai sifar miskin tegar hujung bulan ini - MB
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata Negeri Sembilan akan mencapai sifar miskin tegar menjelang hujung bulan ini.
Pindaan terhadap Akta 50 akan selesaikan isu berbangkit
Pindaan terhadap Akta Perubatan 1971 (Akta 50) akan menyelesaikan kemelut pendaftaran doktor perubatan yang mendapatkan kelayakan kepakaran perubatan melalui laluan paralel (parallel pathway), kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Zulkefly Ahmad.
Dalam satu kenyataan pada Selasa, beliau berkata, pindaan itu juga bakal memperkemas proses pengiktirafan dan pendaftaran sebagai pakar perubatan, sekaligus membolehkan segala isu-isu berbangkit diselesaikan segera.
Dalam satu kenyataan pada Selasa, beliau berkata, pindaan itu juga bakal memperkemas proses pengiktirafan dan pendaftaran sebagai pakar perubatan, sekaligus membolehkan segala isu-isu berbangkit diselesaikan segera.
Kerja selenggara, ganti aset LRA SSP1 siap sepenuhnya
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan kerja-kerja penyelenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) telah siap dilaksanakan jam 7 malam pada Rabu.
Sarawak tidak ambil hak orang lain - Abang Johari
Katanya, ada pihak tertentu yang mempersoal tindakan Kerajaan Sarawak menguatkuasakan undang-undang berhubung pelarasan pengagihan gas.
Lagi mesin ATM beroperasi di bangunan penginapan jemaah Malaysia
Mesin ATM Bank Alinma itu memberi kemudahan kepada kira-kira 7,710 jemaah yang menginap di situ dan hotel berdekatan.
Liga Super: KDA FC akur kekalahan kepada Perak di halaman sendiri
Pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC Nafuzi Zain akur dengan kekalahan pasukannya di halaman sendiri kepada Perak FC dalam saingan Liga Super.
Kami sedia membantu - Penyokong Kedah
Dia berpandangan bahawa ada cara yang lebih baik untuk menangani masalah itu dengan menegaskan penyokong sedia membantu.
KDA FC mohon penyokong bantu pasukan
Katanya, setakat 3 petang semalam, pihak pengurusan berjaya mengumpul 90 peratus daripada dana yang diperlukan.
KDA FC dijangka beri penjelasan minggu depan
Pengurusan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dijangka memberikan penjelasan berhubung beberapa perkara yang melanda kelab itu, minggu depan.
Liga belum mula, tiga mata Kedah Darul Aman sudah dipotong
KDA FC telah diberikan masa untuk menyelesaikan keseluruhan tunggakan gaji berkenaan pada 30 Mac lalu, namun kelab itu gagal mematuhinya.
AGC tolak representasi Rizal Ghazali gugur dua kes jenayah
Pendakwaan berkata, arahan yang diterima daripada AGC ialah meneruskan pertuduhan terhadap Rizal Ghazali.
Ada lagi pemain import sertai Sang Kenari - Nafuzi
KDA FC belanja ikut kemampuan dan mengamalkan penjimatan seperti mengukur baju di badan sendiri.
Kedah sambar khidmat 'Messi Ganu'
Skuad kendalian Nafuzi Zain mengumumkan kehadiran pemain lincah yang terkenal dengan julukan Messi Ganu secara pinjaman dari Terengganu FC.
Sanusi cadang SPRM ambil alih KDA FC
Katanya, susulan siasatan SPRM ke atas KFA, penaja yang berminat menaja kelab itu menarik diri.
30 kelab penyokong desak KDA FC beri penjelasan isu tunggakan gaji, pengganti CEO
Penjelasan segera perlu diberikan memandangkan pemilik serta pihak pengurusan kelab seolah-olah tidak membuat sebarang persediaan untuk menghadapi Liga Malaysia.