PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengeluarkan kanak-kanak yang ditahan di Depot Tahanan Imigresen dalam masa terdekat, dan menyerahkan mereka kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang khusus menjaga kebajikan kumpulan berkenaan.
Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata buat masa ini, beliau sudah mengenal pasti profil kumpulan kanak-kanak tersebut, bilangannya dan di mana mereka ditahan.
"Dalam masa terdekat, saya akan keluarkan mereka. Saya sedang berurusan dengan NGO yang khusus dalam penjagaan dan kebajikan kanak-kanak (untuk mengeluarkan mereka)," katanya kepada media selepas majlis ramah mesra bersama pengamal media di sini malam tadi.
Mengulas mengenai seorang kanak-kanak warganegara Bangladesh yang ditemukan dalam kontena di dermaga Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang 17 Jan lepas, beliau berkata pihaknya akan menghantar kanak-kanak itu pulang ke negaranya minggu hadapan.
Kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang dipercayai terkunci selama enam hari di dalam kontena tersebut yang berasal dari Chittagong, Bangladesh itu, telah diberi rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah dan kini di bawah jagaan pihak NGO.
"KDN sudah berjaya mengesan keluarganya dan saya sudah memaklumkan kepada rakan sejawat saya di Bangladesh, yang akan menghantarnya pulang. Segala urusan dokumentasi dengan kedutaan juga telah diuruskan," katanya.
Menyentuh mengenai kedudukan Malaysia di 'Tier 3' dalam Laporan Tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat Mengenai Pemerdagangan Orang (US Tip Report) 2021, Saifuddin Nasution berkata beliau telah berhubung dengan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia, bagi memaklumkan inisiatif diambil negara dalam usaha membanteras isu berkenaan.
"Tadi ada 'engagement' dengan Duta AS dan saya berpeluang memaklumkan inisiatif yang Malaysia ambil, dan lihat amalan baik di beberapa negara... sebab ia membabitkan beberapa elemen yang sangat jelas iaitu tangkapan, siasatan dan pendakwaan.
"Jadi kesungguhan kita dalam membanteras pemerdagangan manusia, diukur menerusi tiga komponen ini. Kita berikan perhatian berat kepada perkara ini, sebab memang kedudukan tersebut beri banyak kekurangan kepada negara, terutamanya sekatan terhadap produk keluaran negara," katanya.
Saifuddin Nasution berkata baru-baru ini, Sime Darby Plantation yang sebelum ini dikenakan tindakan sekatan produk minyak sawit di AS atas dakwaan menggunakan buruh paksa, telah diberikan status bebas dan sehingga kini dua lagi syarikat negara ini berdepan tindakan sama oleh AS.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 15 2023
Saifuddin Nasution berkata buat masa ini, beliau sudah mengenal pasti profil kumpulan kanak-kanak tersebut, bilangannya dan di mana mereka ditahan. -Bernama
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Pengusaha stesen minyak berdepan ugutan diminta buat laporan polis - Saifuddin
Pengusaha stesen minyak yang menjadi mangsa ugutan sindiket penyeludupan bahan api bersubsidi digesa membuat laporan polis.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak dinasihat elak provokasi, 3R - Saifuddin Nasution
Semua pihak diingatkan agar tidak menimbulkan sebarang unsur provokasi termasuk memainkan isu 3R sepanjang PKR Kuala Kubu Baharu.
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Kelantan catat pertambahan ahli baharu PKR kedua tertinggi
Di sebalik 'gelombang hijau' di Pantai Timur, Kelantan muncul sebagai negeri kedua tertinggi yang mencatatkan jumlah pertambahan ahli baharu PKR tertinggi berdasarkan statistik pada 21 Mac lalu.
Malaysia, Thailand tingkatkan kerjasama perangi jenayah rentas sempadan
Kerjasama itu telah dibincangkan ketika mesyuarat dua hala beliau dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Thailand Anutin Charnvirakul pada Khamis.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
Sekretariat Perpaduan bincang perkukuh jentera PRK DUN Kuala Kubu Baharu - Saifuddin Nasution
Hasil mesyuarat yang dipengerusikan Saifuddin Nasution malam tadi akan dibentang dalam Mesyuarat Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan.
300 kanak-kanak warga asing ditempatkan di tiga Baitul Mahabbah
Baitul Mahabbah itu terletak di Nilai, Negeri Sembilan; Papar, Sabah dan Miri, Sarawak.
Isu dakwaan kekerasan di depoh tahanan Imigresen, masih tiada wakil HRW tampil - KDN
Katanya, pihaknya sudah menyatakan kesediaan untuk bersemuka, namun sehingga kini, NGO itu masih belum memberi sebarang maklum balas.
Isu stoking kalimah Allah: KDN terus pantau trend menghasut, tindakan melampau - Saifuddin
KDN diarahkan untuk memantau trend menghasut dan tindakan melampau dilakukan mana-mana rakyat Malaysia dalam isu stoking tertera kalimah Allah.