Kementerian Dalam Negeri bercadang memperkenal akta baharu bagi memerangi kegiatan keganasan, kata menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata akta yang dicadang akan memperkuatkan lagi undang-undang sedia ada iaitu Akta Kesalahan, Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dan Undang-Undang Pencegahan Jenayah (Poca).
"Dengan pengwujudan satu undang-undang baharu, maka ia bukan sahaja dapat membanteras malah akan mencegah pengrekrutan bakal sukarelawan jihad ini," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri program Gempur MAGIC anjuran Majlis Belia Selangor dan Biro Tata Negara di Universiti Kebangsaan Malaysia pada Ahad.
Ahmad Zahid berkata penularan aktiviti kumpulan militan Islam di negara ini perlu dibendung segera terutama apabila terdapat cubaan merekrut pelajar sekolah menerusi laman sosial.
Menurutnya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta Unit Pemantauan Media Sosial Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan terus memantau laman sosial bagi mengekang kegiatan itu.
Mengulas lanjut, beliau berkata kerjasama dengan ATM juga akan diteruskan untuk berkongsi maklumat jika sarang latihan merekrut militan diwujudkan.
"Kita yakin dapat menangkap lebih ramai lagi dan mengumpul maklumat yang selama ini amat diperlukan bagi menentukan Malaysia tidak dijadikan sarang latihan 'jihadist' untuk dihantar ke Syria, Iraq dan negara berkaitan," katanya.
Ahmad Zahid berkata pertemuan antara Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) dan Barisan Pembebasan Islam Moro(MILF) juga diharap dapat menyelesaikan permasalahan di selatan Filipina terutama Mindanao sekali gus mengurang atau menyelesaikan masalah pengrekrutan sukarelawan jihad.
Mengulas Kedutaan Amerika Syarikat yang dikatakan memberi tekanan kepada Malaysia untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948, beliau berkata mereka harus menghormati sistem politik dan perundangan negara ini.
"Mereka mesti tahu daripada komitmen kerajaan dan kenyataan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) juga jelas. Mereka tidak harus beri tekanan kepada kerajaan, apalagi memihak kepada mana-mana kumpulan untuk mengatakan penghapusan satu-satu akta itu adalah terlalu lewat atau tidak diadakan," katanya.
Dalam perkembangan, lain Ahmad Zahid berkata operasi membanteras kegiatan haram sindiket berpengaruh di perkampungan Kuala Sepetang, Bagan Panchor dan Kuala Sangga di Perak, yang didakwa menjadi lubuk jenayah, akan terus diperhebat.
Kementerian Dalam Negeri, melalui Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc), Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) dan Skuad Taktikal Khas serta kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan pasukan keselamatan lain, akan memberi tumpuan kepada kawasan itu.
"Mereka bukan sahaja tangkap ikan tetapi ada kemungkinan melakukan penyeludupan barangan dari luar negara tanpa cukai. Ada kemungkinan mereka seludup senjata atau dadah dari luar negara menggunakan awak-awak dari negara luar," katanya.
Ahmad Zahid berkata meskipun APMM kerap melakukan operasi membanteras kegiatan haram di perkampungan nelayan, anggota sindiket itu dapat memboloskan diri daripada pihak berkuasa.
Beliau mengulas laporan akhbar pada Ahad berkaitan kawasan yang didakwa menjadi lubuk jenayah dan 'kebal' daripada tindakan pihak berkuasa.
Bernama
Mon Oct 20 2014
Ahmad Zahid berkata penularan aktiviti kumpulan militan Islam di negara ini perlu dibendung segera terutama apabila terdapat cubaan merekrut pelajar sekolah menerusi laman sosial
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Penyatuan, keamanan misi mencabar untuk Syria
Ketegasan pemimpin Syria yang tidak mahu adanya campur tangan kuasa besar, dianggap tindakan bijak bagi mengelakkan Syria kembali berpecah.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
Pas setia dengan kepimpinan Muhyiddin - Takiyuddin
Pas juga menyeru Ahli Parlimen Barisan Nasional agar terus beristiqamah untuk mempertahankan kepimpinan Muhyiddin dan kerajaan PN.
Perbicaraan kes rasuah Zahid Hamidi berkaitan sistem visa bermula Oktober
Hakim Datuk Noorin Badaruddin menetapkan tarikh perbicaraan itu semasa pengurusan kes pada Isnin.
Zahid bayang gabungan baharu ganti BN
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membayangkan keperluan sebuah gabungan baharu untuk menggantikan Barisan Nasional (BN) yang sudah ditolak pengundi Malaysia pada pilihanraya umum ke-14 lepas.
UMNO, BN diam kerana beri Pakatan Harapan ber'honeymoon' - Khairy
UMNO kini sedang merangka strategi serta melalui penstrukturan semula sebagai usaha menjadi barisan pembangkang yang berwibawa.
Negara komited tangani isu pemerdagangan orang, penyeludupan migran - TPM
Dalam aspek penguatkuasaan, sebanyak 403 kes telah disiasat dan tangkapan telah dibuat ke atas 679 orang individu sepanjang tahun 2016.
Bajet 2017: Belanjawan terbaik untuk rakyat - Menteri Kabinet
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia merupakan belanjawan terbaik kepada setiap sektor dan golongan pendapatan rakyat.
Hari Malaysia: Semangat kesatupaduan rakyat amat penting - TPM Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu padu bagi menjaga kestabilan dalam negara.
UMNO, BN perlu berhenti bersikap defensif di media sosial - TPM
Timbalan Perdana Menteri berkata sudah tiba masanya UMNO dan Barisan Nasional (BN) berhenti bersikap defensif.
Pemimpin UMNO perlu layani trend 'hipster' untuk pikat hati rakyat - TPM
Pemimpin UMNO perlu menggunakan pendekatan sesuai dengan kumpulan sasaran dalam usaha menambat hati masyarakat untuk bersama parti itu.
Tindakan tegas terhadap pihak sebar ancaman Daish - Zahid
Timbalan perdana menteri itu berkata, penyebaran maklumat tidak sahih itu hanya menimbulkan kegusaran serta ketakutan dalam kalangan orang ramai serta perlu dihentikan serta-merta.