PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti persediaan asas bagi perancangan membawa keluar kanak-kanak yang berada di depoh tahanan sementara Imigresen di seluruh negara, kata Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Saifuddin berkata KDN juga sedang mengenal pasti jumlah sebenar dan keberadaan kanak-kanak berkenaan, sebelum diserahkan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengkhusus dalam penjagaan kanak-kanak.
"KSU (Ketua Setiausaha) telah diarahkan untuk to keep the ball rolling (meneruskan perancangan itu).
"Biar mereka buat kerja mereka dahulu," katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan KDN di sini hari ini.
Pada 15 Feb lepas, Saifuddin dilaporkan berkata pihaknya serius menguruskan kebajikan kanak-kanak di depoh berkenaan selepas ia mendapat perhatian aktivis hak asasi manusia serta badan antarabangsa, dan perbincangan telah diadakan bersama beberapa kumpulan termasuk NGO untuk pelaksanaannya.
Mengulas acara pembukaan rasmi sebuah bar di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada 30 Mac ini, Saifuddin berkata penganjuran sebarang aktiviti yang boleh menimbulkan keresahan kepada orang awam semasa Ramadan adalah tidak wajar.
Beliau berkata kelulusan penganjuran acara itu yang membabitkan sekumpulan pelayan lelaki berbadan sasa dari Thailand dan berpakaian wanita akan dikenal pasti dahulu sebelum pihaknya mengambil tindakan.
"Jelas kita memasuki ambang Ramadan seeloknya untuk acara seumpama itu tidak diteruskan kerana akan mewujudkan keresahan. (Kita)...kena ada saling menghormati," katanya.
Premis berkenaan telah menyiarkan poster pelancaran mereka di media sosial menampilkan model Thai Hot Guy sebagai tetamu undangan penghias poster dan ia telah mengundang kemarahan rakyat Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 22 2023

Saifuddin berkata KDN juga sedang mengenal pasti jumlah sebenar dan keberadaan kanak-kanak berkenaan, sebelum diserahkan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengkhusus dalam penjagaan kanak-kanak. -Gambar fail/Astro AWANI

Negeri Sembilan perlu perluas sektor pertanian, penternakan moden untuk rancakkan ekonomi - Rafizi
Kerajaan Negeri Sembilan digesa memperluaskan sektor pertanian dan penternakan modennya bagi merancakkan lagi ekonomi negeri sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan.

Program NTIS jana jualan RM51.8 juta dalam tempoh dua tahun - MOSTI
NTIS berjaya menjana hasil jualan sebanyak RM51.8 juta melalui pengkomersialan 24 inovasi dalam tempoh dua tahun.

KPT pelawa pemain industri kerjasama dengan IPT rangka program TVET terbaik
KPT menjemput semua pemain industri untuk bekerjasama dengan IPT, untuk merangka program TVET yang terbaik pada masa akan datang.

Malaysia antara negara terbaik bagi industri EV - EVAM
Malaysia antara negara terbaik bagi industri kenderaan elektrik kerana mempunyai kepakaran yang sesuai untuk pelaburan dan eksport.

KPDN jamin bekalan gula Aidiladha mencukupi
KPDN arah dua kilang terbesar negara iaitu CSR dan MSM keluarkan bekalan gula pasir kasar dan halus seperti biasa untuk diagihkan kepada pemborong.

MITI saran rakan IPEF bangunkan integrasi vertikal rantaian bekalan
MITI menyarankan rakan IPEF berusaha ke arah integrasi vertikal rantaian bekalan bagi pertumbuhan holistik dan progresif untuk semua.

MIDA sasar pelaburan RM134 juta bagi industri aeroangkasa menjelang akhir 2023
Potensi pelaburan bagi projek-projek ini dianggarkan kira-kira RM900 juta dalam tempoh tiga tahun hingga lima tahun akan datang.

Indonesia bincang tindakan segera banteras jenayah pemerdagangan manusia
Presiden Joko Widodo menggesa penguatkuasa undang-undang dan agensi berkaitan supaya mengambil tindakan segera mencegah dan memberantas jenayah pemerdagangan manusia.

Malaysia hargai kepercayaan Arab Saudi teruskan program "Mecca Route" - Zambry
Malaysia amat menghargai kepercayaan yang diberikan Kerajaan Arab Saudi untuk meneruskan program "Mecca Route" yang dimulakan secara rintis pada 2017.

Agong, Putera Albert II berangkat ke Majlis Makan Malam Gala sempena perlumbaan F1
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat ke Majlis Makan Malam Gala sempena perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix Monaco 2023 di Sporting de Monaco pada Ahad.

Malaysia, Amerika Syarikat perkukuh kerjasama keselamatan - Saifuddin
Beliau berharap hubungan dua hala Malaysia-Amerika Syarikat akan terus kukuh dan memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

Isu penggunaan kalimah Allah: Jangan guna untuk kepentingan politik
Saifuddin berkata, ahli politik perlu berhati-hati dan memastikan kesahihan fakta serta bertanggungjawab dalam membuat kenyataan.

Isu kalimah Allah: Kerajaan akan kaji secara komprehensif - Saifuddin
Kerajaan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengkaji arahan pentadbiran secara komprehensif berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Isu rayuan penggunaan kalimah Allah: Ini kronologi dan fakta yang perlu anda tahu
Menurut Saifuddin, tindakan itu diambil disebabkan berlaku percanggahan arahan pentadbiran KDN dan kabinet pada tahun 1986.

Permohonan pasport secara online sepenuhnya di 3 pejabat Imigresen bermula Jun - Saifuddin
KDN akan memperkenalkan perkhidmatan permohonan pasport secara dalam talian sepenuhnya di Pejabat Imigresen Kajang, Kelana Jaya dan Wangsa Maju bermula 1 Jun depan.

KDN tambah baik syif anggota Imigresen di sempadan Johor-Singapura - Saifuddin
batan Imigresen Malaysia (JIM) akan memperkenalkan waktu bekerja syif yang baharu kepada anggotanya di pintu sempadan Johor-Singapura bermula 28 Mei depan.

Kalimah Allah: KDN tarik balik rayuan kerana percanggahan arahan pentadbiran - Saifuddin
KDN sedang mengkaji dan mengemas kini satu arahan pentadbiran lebih menyeluruh bagi menangani isu penggunaan kalimah Allah dalam bahan penerbitan.

Kalimah Allah: Saifuddin serahkan nota kepada Kabinet
Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia adalah pendirian yang diambil oleh kementerian dan beliau telah memaklumkan kepada Kabinet.

'Dikriminalisasi', akta baharu berkaitan dadah dibentang ke Kabinet Julai ini - Saifuddin
Akta baharu berkaitan dadah dijangka dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri Julai ini.

PRN: Rundingan kerusi lancar, beberapa negeri capai tahap 90 peratus - Saifuddin
Proses rundingan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.