Kementerian Dalam Negeri mendedahkan mempunyai maklumat terkini mengenai di mana Low Taek Jho atau Jho Low berada.
Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya akan cuba mendapatkan kerjasama dengan pihak tertentu di negara yang disyaki Jho Low berada dalam usaha membawa pulang lelaki berkenaan.
"Beberapa hari lepas, saya dapat maklumat terkini bahawa kita tahu di mana dia (Jho Low)... bagaimana caranya mungkin kita dapatkan kerjasama pihak-pihak tertentu di negara-negara yang dikata dia berada. Dikatakan dia bergerak antara satu tempat ke tempat lain sebagai cara untuk mengelak daripada dikesan oleh pihak kita.
"Tetapi langkah ini tidak akan berhenti sehingga kita dapat. Kalau Yang Berhormat cadang ke lubang cacing, lebih dari lubang cacing pun kita akan pergi untuk pastikan kes ini kita selesaikan dan bawa Jho Low balik ke sini dan dibicarakan sehingga dapat selesaikan isu 1MDB," katanya ketika menggulung usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 untuk kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.
Berhubung usaha Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk membantu kerajaan bagi mencari serta membawa pulang Jho Low, Muhyiddin berkata pihak kerajaan tidak dimaklumkan sendiri oleh Ahli Parlimen Sembrong itu.
BACA: Jejaki Jho Low bukan kerana mahu lari dari SPRM - Hishammuddin
BACA: Jejak Jho Low: 'Silakan Hishammuddin, tapi bukan jadi wakil saya' - Tun M
BACA: Hubungan Malaysia-China erat, tidak perlu Hishammuddin jadi perantara buru Jho Low - Anwar
"Saya tak tahu Yang Berhormat Sembrong nak cari Jho Low, dia kata dia kenal dengan pemimpin China. Sebenarnya di peringkat Putrajaya kami tidak dihubungi oleh beliau. Saya pun berhubung dengan Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) ada ke YB Sembrong memberitahu, dia kata tidak diberitahu, dan oleh sebab itu, mungkin itu pandangan beliau (Hishammuddin) sendiri," katanya.
Muhyiddin berkata selain daripada sesiapa sahaja yang ingin membantu, kementeriannya menerusi sumber-sumber dan organisasi tertentu akan terus berusaha menjejak Jho Low.
BACA: Polis sambut baik rancangan Hishammuddin bantu bawa pulang Jho Low
BACA: Tawaran Hishamuddin menarik, tapi biarlah kerajaan buat - KJ
BACA: 'Saya akan cari Jho Low sampai ke lubang cacing' - Hishammuddin
Sementara itu, Muhyiddin berkata KDN telah menerima maklum balas daripada Jabatan Peguam Negara berhubung cadangan memansuhkan atau meminda Akta Hasutan 1948, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Akta Perhimpunan Aman 2012 dan akan dibentangkan kepada jemaah menteri dalam masa terdekat bagi mendapatkan keputusan mengenai dasar kerajaan berhubung perkara itu.
"Kerajaan juga memberi jaminan bahawa pindaan atau pemansuhan undang-undang berkenaan akan menjamin hak asasi rakyat di samping tidak memberi implikasi negatif terhadap keselamatan dan ketenteraman awam serta keharmonian pelbagai kaum di negara ini," katanya.
BACA: Enam akta 'kontroversi' akan dipinda
Menjawab soalan Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) sama ada akta-akta berkenaan akan dimansuh atau dipinda pada sesi persidangan kali ini, Muhyiddin berkata beliau kurang pasti mengenai perkara itu kerana terdapat proses perbincangan dengan pihak pemegang taruh yang akan mengambil masa panjang.
Kepada soalan lain Ramkarpal supaya tindakan sewajarnya diambil atas dakwaan ahli perniagaan J. Deepak mengenai penglibatan Anggota Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu, Muhyiddin berkata beliau mengambil maklum mengenai pendedahan berkenaan.
BACA: Polis digesa ambil keterangan Najib, Rosmah berhubung kes Altantuya
"Bagi kita di peringkat kementerian kalau ini dianggap sebagai bukti baru atau maklumat baharu yang dikatakan agak ada sedikit sebanyak berasas, maka kita boleh ambil tindakan sebagaimana dicadangkan. Mungkin kita boleh panggi Deepak dulu untuk dapatkan kenyataan sebenarnya," katanya. -- Bernama
Bernama
Tue Oct 30 2018
Muhyiddin (tengah) berkata pihaknya akan cuba mendapatkan kerjasama dengan pihak tertentu di negara yang disyaki Jho Low berada dalam usaha membawa pulang lelaki berkenaan. - BERNAMA/Fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
'Saya tidak berdendam, tapi jumpa di akhirat' - Najib
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa tiada dendam terhadap pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya.
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
Kerajaan berjaya sekat PSI daripada guna AS$340 juta dana dikaitkan dengan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk menyekat PetroSaudi International Ltd dan pengarahnya menggunakan AS$340 juta yang dikaitkan dengan 1MDB.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Najib nafi arah pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak pernah mengarahkan pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kes 1MDB: Siasatan terhadap Roger Ng masih berjalan - KPN
Polis masih menjalankan siasatan terhadap bekas Ketua Perbankan Pelaburan Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng, berhubung skandal 1MDB.
Najib nafi dakwaan usaha sama 1MDB adalah untuk kepentingan UMNO
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa 11MDB dan usaha sama projeknya diwujudkan untuk kepentingan peribadinya atau untuk mengukuhkan UMNO.