awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KDN diarah perketat keselamatan program libatkan institusi diraja - Fahmi

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
03/09/2025
08:30 MYT
KDN diarah perketat keselamatan program libatkan institusi diraja - Fahmi
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil ketika sidang media mingguan Kabinet di Menara Komunikasi hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA : Jemaah Menteri telah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mempertingkatkan prosedur keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini, khususnya melibatkan institusi diraja.

Ringkasan AI
  • Jemaah Menteri arah KDN pertingkat keselamatan, khususnya melibatkan institusi diraja, susulan insiden wanita cuba menghampiri Sultan Perak semasa acara rasmi.
  • Wanita berusia 41 tahun dengan rekod psikiatri ditahan selepas cuba mendekati Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika lagu negeri dimainkan pada 31 Ogos.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 325/511 Kanun Keseksaan, dan ujian air kencing menunjukkan suspek negatif dadah.

Menteri Komunikasi merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, langkah pencegahan perlu diberi keutamaan bagi menjamin keselamatan orang ramai serta individu berprofil tinggi.
“Apa yang berlaku di Ipoh, Perak, KDN telah diminta untuk meneliti aspek-aspek keselamatan terutama bagi raja-raja supaya tidak berlaku keadaan yang tidak diingini,” katanya ringkas ketika sidang media mingguan, di sini hari ini.
Pada 31 Ogos lalu, seorang wanita berusia 41 tahun berlari naik ke pentas ketika lagu Negeri Perak dimainkan dan cuba menghampiri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Dia bagaimanapun segera ditahan oleh pasukan keselamatan.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin, berkata suspek masuk melalui bahagian tepi pentas dan mendekati Sultan Nazrin sebelum ditahan oleh anggota keselamatan yang bertugas.
Suspek adalah seorang wanita tempatan berusia 41 tahun telah ditahan di lokasi kejadian dan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata, wanita itu ditahan di lokasi kejadian dan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut dengan ujian air kencing ke atasnya mendapati dia negatif dadah.
Kes disiasat di bawah Seksyen 325/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan menyebabkan cedera parah.
Topic Berkaitan
#Kementerian Dalam Negeri
#Fahmi Fadzil
#perketat keselamatan
#institusi diraja
#Sultan Perak
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan