SHAH ALAM: Intitusi pengajian tinggi digalakkan menganjurkan program atau simposium berteraskan kesedaran keselamatan awam supaya dapat memberi impak positif kepada peningkatan kesedaran itu dalam kalangan masyarakat, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.
Beliau berkata, usaha itu penting dalam memastikan pemupukan budaya keamanan, toleransi seterusnya menggalakkan perpaduan sosial dengan menolak keganasan serta ekstremisme.
Menurutnya, jenayah rentas sempadan seperti ancaman ideologi dan fahaman yang bertentangan dengan agama, radikalisme, pengubahan wang haram, budaya songsang dan jenayah terancang terus menjadi cabaran utama yang boleh mengancam kestabilan serta keselamatan negara jika tidak ditangani sebaiknya.
"Sebab itu saya yakin program seumpama ini bakal menambah lagi penglibatan rakyat terutamanya dalam kalangan mahasiswa yang menjadi ejen kepada pergerakan ini (kesedaran keselamatan awam). Seterusnya, kita berupaya memberi hasil yang signifikan dan menyebarluaskan peranan setiap lapisan masyarakat terhadap kepentingan keselamatan.
"KDN (Kementerian Dalam Negeri) sangat mengalu-alukan perkara ini (program atau simposium sebegitu) dan kita harap universiti lain turut mengikuti seperti yang dibuat oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM)," katanya berucap merasmikan program Simposium Kesedaran Keselamatan Awam 2024 UiTM, di UiTM Shah Alam, pada Selasa.
Shamsul Anuar berkata, simposium seperti itu merupakan platform yang bagus untuk berkongsi pandangan, menyelaras usaha dan merancang strategi lebih baik serta berganding bahu untuk masa depan masyarakat yang lebih selamat.
Program yang dianjurkan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM dan Akademik Kepolisan UiTM-PDRM (AKP) dan disertai 300 mahasiswa itu, diadakan bagi memberi kesedaran dan pendedahan kepada masyarakat tentang isu semasa keselamatan selain sebagai platform untuk berkongsi isu terkini berkaitan keselamatan awam. - BERNAMA
Bernama
Tue Jan 09 2024
Shamsul Anuar berkata, usaha itu penting dalam memastikan pemupukan budaya keamanan, toleransi seterusnya menggalakkan perpaduan sosial dengan menolak keganasan serta ekstremisme. - Gambar Bernama
KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
Kelas prasekolah akan diperluas di seluruh institusi pendidikan bawah KPM bagi memastikan isu keciciran murid dapat ditangani daripada awal.
Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Katanya, semua pihak juga perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan dan pendudukan haram Israel di tanah Palestin.
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
AS sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Kebanyakan tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki Israel.
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
KDN galak IPT anjur program kesedaran keselamatan awam
Usaha itu penting dalam memastikan pemupukan budaya keamanan, toleransi seterusnya menggalakkan perpaduan sosial dengan menolak keganasan serta ekstremisme.