PUTRAJAYA: Bagi mempergiat usaha memerangi aktiviti pemerdagangan manusia, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil inisiatif melancarkan aplikasi sembang interaktif chatbot pelbagai bahasa sebagai medium interaksi antara mangsa kegiatan jenayah itu dengan Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO).
Chatbot singkatan daripada 'Chatterbot' merupakan ciri Kecerdasan Buatan (AI) yang berfungsi merangsang perbualan manusia menerusi suara atau teks atau kedua-duanya.
Chatbot berkenaan yang turut dikenali sebagai 'chatbot MAPO', dilancarkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin sempena sambutan Hari Antipemerdagangan Manusia Sedunia, hari ini.
Hamzah berkata platform yang boleh diakses menerusi laman Facebook MAPO itu dibangunkan kerajaan dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Project Liber8.
"Chatbot MAPO mudah diakses, mesra pengguna, praktikal dan boleh dihubungi sepanjang masa untuk maklum balas yang pantas kepada pengguna," katanya sambil menambah aplikasi itu terdapat dalam enam bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Indonesia, Burma, Nepal dan Benggali.
Hamzah, yang turut berharap lebih ramai mangsa akan tampil dengan pelancaran Chatbot itu, menegaskan dalam bahawa, "anda bukan hanya akan diselamatkan tetapi juga dilindungi," katanya.
Beliau berkata mangsa pemerdagangan manusia memainkan peranan penting dalam usaha membanteras kegiatan itu, justeru sokongan dan maklum balas terhadap mangsa perlu dipergiat.
Katanya kegiatan pemerdagangan manusia adalah umpama amalan perhambaan moden yang menafikan kebebasan, maruah serta hak asasi berjuta-juta orang mangsa di seluruh dunia.
Beliau berkata berdasarkan statistik sejak 2015, sebanyak 1,854 kes yang melibatkan 10,463 mangsa telah direkodkan di Malaysia, iaitu 70 peratus mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.
"Semua mangsa telah diselamatkan dan diberikan perlindungan mengikut lunas perundangan sedia ada," katanya.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua mangsa yang telah memberikan maklumat serta kerjasama dalam usaha kerajaan membanteras aktiviti tersebut.
Hamzah berkata KDN juga sedang mempertimbangkan untuk mengenakan hukuman lebih berat kepada pesalah jenayah pemerdagangan manusia termasuk cadangan penjara seumur hidup.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 30 2021

Kata Hamzah,kegiatan pemerdagangan manusia adalah umpama amalan perhambaan moden yang menafikan kebebasan, maruah serta hak asasi berjuta-juta orang mangsa di seluruh dunia.- Gambar hiasan

Agong, Permaisuri berkenan serah Rumah Asnaf MAIWP di Labuan
Rumah Asnaf di Ganggarak Permai itu turut dilengkapi dengan masjid, taman permainan kanak-kanak dan dewan serba guna.

AWANI Ringkas: Ekonomi Malaysia tumbuh sederhana pada 4.3 peratus tahun ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

MCMC arah syarikat telco larang pautan URL dalam SMS, elak 'scam'
Arahan tersebut dikeluarkan bagi mengelakkan pengguna menjadi mangsa 'scam' atau penipuan dalam talian.

Tertinggi dalam sejarah, Malaysia raih komitmen pelaburan RM170 bil dari China
Ia adalah hasil daripada 19 memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara syarikat Malaysia dan China sebentar tadi.

CPTPP: Pengeksport Malaysia akan dapat manfaat daripada tarif keutamaan UK - Tengku Zafrul
UK akan memansuhkan duti import untuk pelbagai produk termasuk yang mempunyai kepentingan eksport kepada Malaysia.

Masyarakat perlu belajar berinteraksi dengan autistik
Suatu pendekatan perlu dilakukan agar masyarakat turut belajar bagaimana untuk berinteraksi dan memahami anak-anak autistik.

Bekas ADUN Bukit Kayu Hitam, Ahmad Zaini meninggal dunia
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam, Datuk Ahmad Zaini Japar meninggal dunia pada jam 5.42 pagi hari ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Enam kru hilang selepas kapal diserang lanun di Teluk Guinea
Kejadian berlaku ketika kapal itu dalam pelayaran menuju ke Nigeria. Turut ditemukan beberapa anak kapal.

Video tular: Polis minta pemandu bas guna telefon ketika memandu serah diri
Tindakan pemandu itu tular di media sosial TikTok menerusi satu rakaman video berdurasi 21 saat.

Bot Karam: 11 rakyat Malaysia hanyut ke Filipina
11 individu termasuk tiga kanak-kanak berdepan detik cemas selepas bot dinaiki mereka karam sebelum hanyut ke perairan Filipina, sejak tiga hari lalu.

Google lancar AI perbualan Bard, saingi kejayaan ChatGPT
Google melancarkan chatbot kecerdasan buatan (AI) sendiri, Bard sekali gus bakal mengulangi kejayaan penghasilan ChatGPT.

Colombia: Hakim guna AI ChatGPT untuk buat keputusan
Padilla berkata penggunaan alat itu tidak bercanggah dengan undang-undang Colombia dan membantu menjimatkan masa hakim.

KDN lancar aplikasi 'chatbot' pelbagai bahasa bantu mangsa pemerdagangan orang
Bagi mempergiat usaha memerangi aktiviti pemerdagangan manusia, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil inisiatif melancarkan aplikasi sembang interaktif chatbot pelbagai bahasa.

Guna chatbot AVA untuk berhubung dengan AirAsia
AirAsia mengambil satu lagi langkah hadapan ke arah menjadi sebuah syarikat pelancongan teknologi.