SEPANG: Kerajaan telah memendekkan tempoh permohonan ekspatriat yang berhasrat berkhidmat di Malaysia bagi mendapatkan pelekat pas imigresen.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pelekat itu boleh diperolehi dalam sehari selepas mereka menjejakkan kaki ke negara ini.
Ia susulan penubuhan Pusat Satelit Bahagian Perkhidmatan Ekspatriat atau Expatriate Service Division (ESD) yang diperkenalkan mulai hari ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
ESD antara lain akan mempercepatkan proses pemberian pelekat pas imigresen itu dalam sehari sahaja berbanding 30 hari sebelum ini.
“Dengan adanya sistem ini, saya dapati seorang pekerja kilang pembuatan besi (misalnya) akan masuk, ambil tiket dan terus pergi ke kaunter dan di kaunter dia serahkan (tiket).
“Dalam masa tidak sampai dua minit dia dapat pelekat, ini membuktikan sesuatu yang paling cepat dalam dunia,” kata Hamzah selepas merasmikan pusat tersebut di sini hari ini.
Pembukaan ESD itu juga katanya akan membawa kepada satu perubahan proses kerja dan penambahbaikan perkhidmatan imigresen yang amat signifikan terhadap ekspatriat.
Ditanya sama ada kemudahan satelit berkenaan akan diperluaskan di pintu masuk lain, Hamzah berkata, buat masa ini kemudahan itu akan digunakan di KLIA kerana kebanyakan ekspatriat yang datang ke negara adalah melalui pintu masuk udara.
Namun, pihaknya akan melihat potensi kemasukan ekspatriat menerusi pintu klia2.
Astro Awani
Tue Nov 30 2021
Hamzah pada sidang media selepas melancarkan proses permohonan pas pekerja untuk ekspatriat yang berkhidmat di negara ini melalui sistem ESD Satellite Center (ESC) di KLIA hari ini. - Foto BERNAMA
Isu All Eyes on Rafah: 'Janganlah tutup periuk nasi saya' - Ning Baizura
Ning turut menegaskan dirinya antara selebriti yang aktif menyalurkan sumbangan untuk Gaza dan bersolidariti untuk Palestin.
Dua lelaki bawa parang ditahan cuba ceroboh Istana Negara
Dua lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki terlibat kes cubaan menceroboh Istana Negara, semalam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 46 individu selesai diambil keterangan
Seramai 46 individu sudah diambil keterangan bagi membantu siasatan kes serangan Balai Polis Ulu Tiram, pada pagi Sabtu.
Raja Permaisuri Agong beri penghormatan terakhir kepada anggota polis terkorban
Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor bagi memberi penghormatan terakhir buat dua anggota polis yang terkorban.
4 nelayan Indonesia ditemui hanyut selepas bot karam dilanggar kapal kargo
Menurut Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob, seorang lagi mangsa masih hilang dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada Khamis itu.
Seorang maut, lapan cedera serangan udara Israel di Kem Pelarian Jenin
Seorang penduduk Palestin terbunuh manakala lapan lagi cedera dalam serangan udara Israel ke atas kem pelarian Jenin di Tebing Barat yang diduduki pada Jumaat.
Uzbekistan mahu kerjasama dengan JAKIM dalam piawaian halal
Uzbekistan menyuarakan hasrat untuk bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memastikan piawaian halal di negara itu mencapai ke tahap yang sama seperti dilaksanakan oleh JAKIM, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Gaza sudah 10 hari tidak terima bekalan perubatan
Tiada bekalan perubatan diterima di Semenanjung Gaza selama 10 hari ketika Israel meneruskan serangan ganas ke atas wilayah terkepung itu.
Perhilitan selamatkan gajah jatuh longkang
Perhilitan Perak berjaya menyelamatkan seekor gajah betina yang jatuh longkang di Batu 11, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tugu Peringatan JRTB di sini pada Jumaat.
Memerangi fahaman radikal & ancaman baharu pengganas
Untuk perincian berkenaan perkara ini kita bersama Penolong Profesor di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC-IIUM), Dr Ahmad El Muhammady.
KDN lancar ESD, pelekat pas ekspatriat siap dalam sehari - Hamzah
Kerajaan telah memendekkan tempoh permohonan ekspatriat yang berhasrat berkhidmat di Malaysia bagi mendapatkan pelekat pas imigresen.