awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia raih pelaburan digital diluluskan RM54.13 bilion pada suku ketiga 2025 - MDEC
Parti pemerintah Kosovo dahului pilihan raya Parlimen
Lebih 17 juta rakyat Afghanistan terima kad pengenalan elektronik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

4 nelayan Indonesia ditemui hanyut selepas bot karam dilanggar kapal kargo

Aida Aziz
Aida Aziz
18/05/2024
04:50 MYT
4 nelayan Indonesia ditemui hanyut selepas bot karam dilanggar kapal kargo
Empat nelayan warga Indonesia diambil oleh bot Maritim Malaysia dari kapal kargo yang menemui mereka. - Gambar/ Maritim Malaysia
LUMUT: Empat nelayan warga Indonesia yang hanyut dan berpaut pada serpihan kayu serta tong ikan diselamatkan di perairan Malaysia selepas bot mereka karam dipercayai dilanggar kapal kargo ketika hujan lebat dan angin kencang.
Menurut Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob, seorang lagi mangsa masih hilang dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada Khamis itu.
Katanya, empat nelayan terbabit ditemui sebuah kapal kargo lain pada Khamis dan diselamatkan sebelum diserahkan kepada pihaknya pada Jumaat.
Beliau berkata, tiga mangsa berusia antara 39 hingga 53 tahun tidak cedera manakala seorang lagi berusia 53 tahun cedera di tangan, rusuk dan kaki kanan akibat terkena serpihan kaca.
"Pada Jumaat, Pusat Operasi Maritim Negeri Perak telah menerima maklumat daripada MRSC Langkawi dan mengatur gerak KM Malawali ke lokasi pada jarak 4.1 batu nautika dari barat pulau Jarak, bagi mengambil kesemua mangsa dari kapal kargo itu.
"Maritim Malaysia telah memberi bantuan kepada empat nelayan berasal dari Medan, Indonesia itu yang diselamatkan oleh kapal kargo berkenaan.
"Terdahulu, empat nelayan itu ditemui dalam keadaan terapung berpaut pada serpihan kayu dan tong ikan selepas bot mereka dilanggar sebuah kapal kargo lain.
"Hasil maklumat daripada kesemua mangsa, seorang lagi kru bot berusia 56 tahun dipercayai masih hilang.
"Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Seri Manjung bagi mendapatkan rawatan susulan," katanya dalam satu kenyataan media pada Sabtu.
Topic Berkaitan
#nelayan Indonesia
#kapal karam
#kapal kargo
#perairan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan