awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seludup e-waste: Veteran ATM bersara awal diserap untuk perkuat AKPS - Shuhaily
KKM batal notifikasi produk kosmetik beracun
Lima sekeluarga disamun, barang kemas bernilai kira-kira RM130,000 dilarikan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KDN nafi dakwaan kelulusan 80,000 pekerja asing Bangladesh sebelum PRU14

Faiq Chong
Faiq Chong
07/06/2018
22:18 MYT
KDN nafi dakwaan kelulusan 80,000 pekerja asing Bangladesh sebelum PRU14
KDN hanya meluluskan sejumlah 648 pekerja asing Bangladesh pada 7 dan 8 Mei 2018 berdasarkan semakan rekod. Gambar fail.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan dakwaan mengenai kelulusan 80,000 kuota pekerja asing Bangladesh dibawa masuk ke Malaysia dalam tempoh tiga hari sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
KDN hanya meluluskan sejumlah 648 pekerja asing Bangladesh pada 7 dan 8 Mei 2018 berdasarkan semakan rekod, menurut kenyataan media yang dikeluarkan pada Khamis.
Kenyataan tersebut juga menjelaskan pengambilan pekerja asing dibenarkan dari 15 buah negara sumber dan pemilihan negara sumber pekerja asing adalah bergantung kepada keperluan majikan sendiri.
Kenyataan Media Kementerian Dalam Negeri mengenai Dakwaan Kelulusan Membawa Masuk Pekerja Asing Bangladesh Sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU Ke 14) pic.twitter.com/wUdDti5hXH
— KDN (@KDNPUTRAJAYA) June 7, 2018
Pihak kerajaan tetap komited untuk menyediakan peluang pekerjaan dan mengutamakan pengambilan pekerja tempatan.
“Bagaimanapun, sekiranya majikan gagal untuk mendapatkan pekerja tempatan, kerajaan akan mempertimbangkan permohonan penggajian pekerja asing bagi sektor-sektor yang dibenarkan mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada,” jelasnya dalam kenyataan berkenaan.
Pihak KDN juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati melakukan sebarang penyalahgunaan berkaitan sistem kemasukan pekerja asing ke negara ini.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa kononnya didatangi seorang individu bernama 'Dato' Amin' yang dipercayai terlibat dalam sindiket kemasukan pekerja asing Bangladesh ke Malaysia sebelum PRU14.
Muhyiddin menafikan dakwaan berkenaan yang tular di media sosial dan menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengenali individu tersebut.
BACA: 'Siapa Datuk Amin?' - Muhyiddin nafi terlibat sindiket warga Bangladesh
Topic Berkaitan
#KDN
#Kementerian Dalam Negeri
#Malaysia
#pekerja asing
#pilihan raya
#PRU14
#sindiket
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan