PASIR MAS: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memperkukuhkan kerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dalam menangani isu penyebaran berita palsu terutama berkaitan vaksin COVID-19.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said berkata kerajaan memandang serius berita-berita palsu yang disebarkan pihak atau individu tidak bertanggungjawab sehingga mencetuskan kekeliruan dalam kalangan rakyat.
Beliau berkata mereka yang didapati menyebarkan berita palsu boleh diambil tindakan di bawah ordinan darurat yang mempunyai peruntukan bagi kesalahan itu.
"Ia bukan sahaja mengenai ketidakpercayaan terhadap COVID-19, tetapi juga penyebaran berita palsu mengenai perkara lain," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Markas Taktikal Pasukan Gerakan Am Lubok Setol, Rantau Panjang di sini, hari ini.
Sementara itu, Ismail berkata lawatannya ke markas itu adalah bagi memantau kesiapsiagaan penugasan pegawai serta anggota agensi terlibat dalam operasi mengawal keselamatan di sempadan Kelantan-Thailand.
Turut hadir Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat dan Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am SAC Hassan Basri Ahmad Safar.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 26 2021

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said berkata kerajaan memandang serius berita-berita palsu yang disebarkan pihak atau individu tidak bertanggungjawab sehingga mencetuskan kekeliruan dalam kalangan rakyat. - Bernama

Tiada niat jahat di sebalik pengisyiharan Darurat - Muhyiddin
Tan Sri Muhyddin Yassin memberi jaminan bahawa tiada motif jahat di sebalik pengisytiharan Darurat seperti beberapa kebimbangan dibangkitkan sejak kebelakangan ini.

KDN akan keluarkan arahan pentadbiran berhubung kalimah Allah - Hamzah Zainudin
Kementerian Dalam Negeri akan mengeluarkan arahan pentadbiran terhadap penggunaan kalimah Allah dan tiga perkara lain masing-masing solat, Baitullah dan Kaabah.

Kerajaan tidak berhasrat laksana PKP kali ketiga - PM
Perdana Menteri memaklumkan perkara berkenaan dalam satu dialog dengan persatuan dan dewan-dewan perniagaan yang dianjurkan oleh kementerian perdagangan antarabangsa dan industri.

COVID-19: 2,148 jangkitan baharu, Sarawak catat kes tertinggi
Dengan masih lagi empat angka, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan dalam negara bertambah kepada 367,977 setakat hari ini.

COVID-19: KKM hantar 430 kakitangan tambahan ke Sarawak pada 21 April - Dr Adham
Keputusan tersebut diambil susulan lawatan dan tinjauannya ke fasiliti Pusat Kuarantin dan Rawatan Ringan COVID-19 (PKRC) di Stadium Perpaduan di Kuching.

KKM cadang kebenaran rentas negeri sempena Aidilfitri tahun ini ditangguhkan - Adham Baba
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, langkah itu susulan kes penularan COVID-19 masih berada di tahap membimbangkan. Kerajaan menerima banyak aduan daripada orang ramai berhubung ketidakpatuhan di bazar Ramadan.

Perdana Menteri saran sektor swasta manfaatkan teknologi baharu
Beliau menjelaskan pandemik COVID-19 telah menjadi penyebab untuk mempercepat penerapan penyelesaian digital

Thailand resah, kes COVID-19 tiba-tiba semakin banyak
Pihak kerajaan dan rakyat negara itu menyedari bahawa mereka sedang berdepan penularan gelombang ketiga.

COVID-19: Bazar Ramadan ditutup sekiranya terdapat kluster - Dr Adham Baba
Dr Adham berkata pihaknya menerima aduan mengenai kegagalan pematuhan SOP di beberapa lokasi bazar Ramadan di seluruh negara dan kerajaan memandang serius perkara itu.

'Saya peluk anak, azan sekuat hati'
Ketika itu angin kuat berserta hujan lebat menyebabkan bumbung rumah tercabut dan sebahagian dinding juga jatuh.

KDN akan keluarkan arahan pentadbiran berhubung kalimah Allah - Hamzah Zainudin
Kementerian Dalam Negeri akan mengeluarkan arahan pentadbiran terhadap penggunaan kalimah Allah dan tiga perkara lain masing-masing solat, Baitullah dan Kaabah.

'Maaflah kalau ada orang cakap saya campur urusan pertukaran pegawai kanan polis' - Hamzah
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menolak dakwaan bahawa beliau terlibat dalam campur tangan pertukaran pegawai kanan polis.

KSM dan KDN di peringkat akhir perhalusi 'e-wages'
Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang dalam peringkat akhir memperhalusi sistem 'e-wages'.

Rakaman audio: Adakan pemilihan parti, sekarang! - Khairy
Penyebaran audio mirip suara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuatkan ahli parti berasa kurang selesa.

KDN lancar Sistem Imigresen Bersepadu Nasional ganti myIMMs
Hamzah berkata kerajaan telah meluluskan peruntukan yang khusus untuk membangunkan NIISe agar sistem keimigresenan negara kekal relevan.

KDN akan siasat ketulenan rakaman audio - Hamzah Zainuddin
Siasatan akan dilakukan bagi melihat sama ada rakaman audio itu tulen atau sebaliknya.

Rakyat Korea Utara masih berada di Malaysia ialah peserta MM2H - KPN
Daily NK mendakwa Korea Utara tidak memanggil pulang ratusan pekerja termasuk ejen rahsia Jabatan Perindustrian Pembekalan Senjata (MID) negara itu.

PATI diberkas ketika leka membeli-belah
Operasi dijalankan di kawasan yang sering menjadi tumpuan PATI mencari barang keperluan di pasar karat pada hujung minggu.

2 lokap tahanan PATI di Johor Bahru dikenakan PKPD bermula esok
Ia melibatkan Kompleks Kementerian Dalam Negeri Setia Tropika dan Lokap Tahanan PATI Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Bangunan Sultan Iskandar.

Isu kartel PDRM: Masih terlalu awal tubuh RCI
Terlalu awal untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan kewujudan kartel dalam PDRM.